Sunday 25 October 2009

Old Putera

OP itu Orang Penan.

Oh tidak, marah semua OP aku ckp mcm tu.

OP ialah Old Putera. Gelaran untuk setiap boy RMC yg berjaya menghabiskan sesi pengajiannya dengan Passing Out Parade.

Dari dulu hingga kini, ramai OP bertebaran di serata dunia. Aussie, Russia, UK, Jepun dan banyak lagi. Semua pergi untuk menuntut ilmu yg akan digunakan utk berkhidmat utk masyarakat kelak.

Kini, sudah ada OP yg meluaskan pengaruh mereka di Middle East. 2 orang melanjutkan pengajian di Mansurah University (private) dan seorang lagi di Cairo University (MARA). Semuanya terlibat di dalam pengajian perubatan. Mereka merupakan OP batch D'Royal Sovereign ('03-'06)

Tahun 2008 pula, 25 org lagi dicampakkan ke Russia di bawah tajaan Ministry of Defense (MINDEF). Semua ambik medic jugak! - OP batch D'Royal Revograde ('04-'07)

Setahun kemudian, MINDEF mula mengorak langkah untuk hantar OP ke Middle East. 10 orang di Jordan University of Sceince and Technology (Jordan) dan 10 orang lagi di Alexandria University (Egypt). Dan tak lupa juga sorang OP di University Al-Azhar (private). - OP batch D'Royal F.O.R.T.S ('05-'08) dan D'Royal Rexzograde ('07-'08)

Scholarship MINDEF bermula sejak tahun 2008. Scholarship khas utk budak boy. Lebih dari 25 tempat untuk setiap tahun. Waah, mcm tu best aa budak2 RMC. Dapat top 25 dlm batch je dh boleh fly. Seronok giler!! Tahun pertama, MINDEF hantar semua OP tajaannya ke Russia. Tahun kedua, semua OP ke Middle East. Apa2 pun, aku sgt cemburu korang sume dpt scholar MINDEF. Aku dulu dpt jugak scholar MINDEF, tp die bagi Institut Tun Abdul Rahman tu haa. ingat aku nak ke?? waa, jealous siot!!

Tak kisah laa ko under MINDEF ke, aku under MARA ke. Janji spirit OP tak hilang dlm diri korang. Jangan lupe pakai cincin OP tu (kepada yg tertinggal cincin OP di toilet RnR, produce fammak!! Find,Borrow,Steal ) dan tradisi hari rabu yg OPA dh tetapkan. Siapa rebel, forward roll aa!!


kebanggaan setiap OP


First batch MINDEF Scholar in Egypt (Alex)
(except the one in cap)


dengan senior macho (ehem2!!)


during raya PERUBATAN '09


OP Bazil (Al-Azhar) - kanan sekali


me with OP Syahmi (Mansurah)


First batch MINDEF Scholar in Russia




p/s : maaf jika entry ni sukar untuk difahami oleh sesetengah pihak


Saturday 24 October 2009

a reminder from a concerned friend

Salam, semoga anda semua berada di dalam keadaan yg sihat sejahtera.

Tak berniat untuk tulis entry ni sebenarnye, cuma tergerak hati nak tulis beberapa perkara yg ditujukan khas kepada semua kawan aku yg bergelar perempuan.

Kalian semua tahu kita belajar di Mesir, negara yg populasinya hampir seperti Malaysia, 80-90% ialah muslim. Namun, bila mengatakan tentang negara islam, tak semestinya semua makhluk di dalam negara ni mengikut apa yg islam ajarkan. Tengok sajalah sekeliling kita, negara islam tapi peradaban islam takde. Ade certain tempat, negara barat yg tak amalkan ajaran islam pun lagi civilized daripada negara yg majoritinya org islam.

Ok, cukup disitu.

Apa yg aku nak tekankan kat sini ialah tentang keselamatan. Mesti semua dh bosan dgr ini semua. Mesti ada yg ckp, 'benda ni common sense, masing2 dh besar tahu jaga diri masing2'. Memang common sense, tu adik aku umur 10 tahun pun tahu keselamatan diri tu apa. Tapi kadang2, benda2 yg common sense ni laa yg ramai orang terlepas pandang.

Di Mesir, kebanyakkan muamalat kita dengan masyarakat arab mementingkan dan mengutamakan kaum wanita. Lihat saja tren Metro, ade 2 hingga 3 gerabak khas untuk kaum wanita sahaja, bas awam akan berhenti sepenuhnya jika ada kaum hawa yg hendak menaiki bas, berbanding jika kaum adam hendak naik, tidak sepenuhnya bas itu akan berhenti, dan sebagainya. Mungkin semua sedar benda itu diaplikasikan di sini dan tidak di Malaysia. Namun, jangan berasa alpa di dalam comfort zone ini. Kadang2 comfort zone itu menjadikan kita lalai dengan bahaya2 yg berada di luar.

Banyak kes2 seperti ragut,rogol,samun dan sebagainya kerap kali kita dengar dan baca di dada akhbar. Dan kebanyakkannya berlaku kepada kaum wanita. Tapi itu di Malaysia, kat Mesir kita jarang dengar bukan? Jangan ingat tiada, kes2 seperti tu ada, cuma kita jarang dengar atau kita mmg tak tau langsung dgn isu semasa di dalam negara ni.

Aku terbaca satu entry di dalam blog abg Bobby, tentang die terjumpa satu kes sepanjang die buat attachment kat O&G Department,Kasr El-Ainy Hospital tentang kes rogol yg melibatkan 3 beranak. Yang menjadi mangsa ibu yg berumur 40 tahun, dan 2 orang anak yg masing2 berumur 20 dan 7 tahun. Anak yg berumur 20 tahun tu mati sebab kehilangan banyak darah, manakala ibu dan anak yg berumur 7 tahun tu, selamat tetapi malangnya kemaluan anak yg berumur 7 tahun tu rosak teruk dan dalam keadaan kritikal (pada waktu entry tu ditulis laa, sekarang ni wallahualam mcm mane keadaan mereka). Siapa2 yg rasa nak baca, klik kat sini.

Ok, kat Mesir pun ada kes seperti itu. Sebelum ni aku ingat memang tak ada. Tapi lepas baca blog abg Bobby tu, aku pun jadi gerun. Lagi2 memikirkan bila lelaki yg merogol tu org arab yg sangat kasar dan keadaan fizikalnya 2 kali ganda saiz aku, dan keadaan anak perempuan yg umur 7 tahun tu sangat kritikal keadaannya, aku boleh bayangkan betapa rakusnya lelaki tu perlakukan terhadap budak tu. Kalau ia berlaku kepada kawan2 kita pulak mcm mane? Naudzubillahiminzalik!!

Orang pernah kata, jika di Mesir kita akan jumpa orang yg baik dia sebaik nabi, tapi ada juga orang yg zalim dia melebihi Firaun. Now, aku dah sedar akan kata2 itu, even aku tak pernah jumpa kes seperti itu.

Back to our main topic. Isu keselamatan tadi. Adakah kita semua pernah concern tentang semua itu. I mean kamu, ya kamu yg bergelar perempuan. Tanya diri kamu, pernah tak kamu bayangkan benda ini berlaku pada kamu? Jangan salah sangka ya. Aku bukan mendoakan. Aku cakap mcm tu supaya kamu semua concern tentang diri sendiri dan tidak lagi keluar malam2 atau jalan sorang2 even di siang hari. Pihak persatuan/batch telah sediakan perkhidmatan mushrif, gunakan. Aku tau ramai yg tak berminat dgn khidmat ni. Tak bebas nk berjalan, mushrif tak sporting, mushrif banyak songeh, atau2 apa je laa. Tapi ingat, sebenci mane pun korang dgn perkhidmatan ni, percaya laa ckp aku, korang lebih selamat.

Aku pernah terserempak dgn kawan perempuan yg berjalan sorang2, yg suke keluar then balik malam2, tanpa ditemani mushrif. Dalam hati aku, aku respect dia sebab dia pandai survive dan boleh independent di tempat orang. tp jauh dilubuk hati, aku kutuk2 dia sebab berjalan sorang2. Kalau apa2 jadi, siapa susah??

Kamu semua kena ingat, kita ni orang asing bagi masyarakat kat sini. Specifically, orang arab akan pandang perempuan melayu kat sini lawa2, kecik comel loteh, cute2 miut2. Dan naudzubillah, senang menjadi sasaran mereka. Mungkin kebanyakkan kita jumpa orang2 yg baik2 semua, mengutamakan wanita dan sebagainya. Tapi jangan lupa, dalam sesuatu populasi, akan ada 20% daripada mereka yg berlainan daripada yg lain. Even korang duduk di dalam kawasan jemaah melayu yg ramai sekalipun, utamakan keselamatan diri. Jangan terlampau berani nak ke tempat yg tak biasa pergi sorang2, jangan laa balik dari tempat2 yg jauh larut malam (kalau ada, pandai2 hidup. jangan mengada nak jalan sorang2, cari mushrif, kalau tak, jangan jalan sorang2). Jangan dah terhantuk baru nak tegadah. Ingat, kita kat sini ramai, boleh mintak tolong sape2. Insyallah jika kita berbuat baik dgn orang, orang akan buat baik kat kita. Jangan laa pulak time susah baru nak mintak tolong, time senang langsung tak sedar kawan tu wujud kat Mesir ni!! kalau dapat kat aku, sori laa ye, aku tak akan layan!

Btw, satu tips untuk korang. Pergi kemana2 bawak cutter/pisau lipat dlm poket. Bukan khas utk perempuan je, lelaki pun sama. Org arab ni bukan leh percaya, suka2 je nak pow duit. Insyallah alat tu membantu if apa2 jadi kat korang.

Dulu aku tak peduli dengan benda ni, sebab tak tau pulak Mesir ada kes2 mcm tu. Dan aku bukannya siapa2 nk tegur budak itu ini tentang muamalat harian mereka. Nanti ada yg kata aku ni suka jaga tepi kain orang laa, sibuk tanya mereka nak kemana, dengan siapa dan sebagainya. Tapi lepas apa yg aku baca dan apa yg pernah berlaku kepada kawan aku sendiri yg pernah kena ragut tu, aku rasa aku bertanggungjawab nk tegur mereka. Aku ni nampak je cm budak nakal, tapi hati aku baik sebenarnya. Ya, itu hakikat! hahahaha...

Aku rase itu je kot apa yg aku nak ckp sebenarnya. Kesimpulannya, tak kira laa korang ni siapa, datang dari mana, ingat, we are one jemaah here. laki2 jaga perempuan, perempuan pula jangan laa terlebih berani. apa2 hal, just text or call budak2 yg korang kenal, mintak tolong. Insyallah, kawan2 akan tolong. Kita kat negara orang, jangan buat mcm rumah sendiri.

Sori, aku sebenarnye tak layak nak tegur2 ni. Tapi cuma taknak benda ni berlaku di kalangan kawan2 aku sendiri.

Semoga dapat ambil iktibar.

Friday 23 October 2009

the other part of life


"The way a team plays as a whole determines its success. You may have the greatest bunch of individual stars in the world, but if they don't play together, the team won't be worth a dime
"


Cairo's Basketball Team
(Khaliq,Sagoff,Ihsan,Jali,Nabil,Pa'an,Kamil,Wawan,Amar,Abul,Anas,Farees)

Tuesday 13 October 2009

a new year for a new life

Lia Kaisara

Assalamualaikum..

Sudah hampir sebulan aku meninggalkan blog ni tanpa apa2 berita. bukan sengaja. cuma rumah aku belum menyambung kembali kontrak bersama dengan syarikat TE Data (syarikat internet). nak ikutkan hati mahu tukar kepada syarikat DSL. tapi tengok laa dulu, arab, mcm biasa laa bila buat kerja memang 'sangat cekap dan efisyen'. kerja yg boleh siap dalam masa 2,3 hari kdg2 boleh jadi sampai sebulan. kalau aku cukur janggut aku, tumbuh balik aku rase mereka belum tentu dapat siapkan juga. sabar je laa.

Kini aku telah berada di tahun 3 pengajian dalam bidang perubatan. semua silibus berlainan daripada pengajian 2 tahun yg lepas. dulu ada anatomy, physiology, biochemistry serta histology. sekarang up sikit. ada microbiology, pathology, parasitology dan pharmacology. tambahan pula, waktu kuliah bg setiap subjek sangat panjang, ada yg 2 jam dan ada juga yg 3 jam. pagi 3 jam, petang 3 jam, jumlah kesemua 6 jam. balik2 rumah, muka sekor2 toye je, badan longlai macam sayur. namun, itulah hakikat kehidupan seorang pelajar perubatan. agi idup agi ngelaban !!

Tahun ni juga, pengurusan setiap department nampak lebih 'matang' serta cekap. tiada lagi pindah2 kelas, satu kelas pack macam sardin atau doktor masuk kelas lambat (pelajar masuk kelas lambat ade laa!). alhamdulillah, semua jadi semakin teratur. tiada lagi ketidak puas hatian terhadap sistem pengurusan universiti. cuma agak terkilan kerana kelas sangat panjang (3 jam bg satu subjek) berbanding pelajar2 arab yg hanya mengambil masa paling lama 1 jam setengah untuk satu subjek.

Cerita tentang kehidupan seharian pula, bilik aku kini berwajah baru. katil, tilam serta almari sudah bertukar baru. untuk jangka masa panjang, sangat puas hati dengan susunan serta barangan baru tu. no more arabic style yg ntah apa2. even duit banyak keluar, tapi berbaloi dan sangat selesa!

Housemates semuanya sudah balik, cuma tinggal Thol sorang je tak balik2 lagi. nak cuti puas2 katanya. ko jangan kawen senyap2 dah aa Thol kat Malaysia tu time kitorang sume kat sini. kalau ko kawen, aku sunat ko bile ko balik nanti. hahaha!!

Oh yea, lupa nak cerita. tahun ni, kawan aku si Ijud gendut telah dilantik sebagai ketua batch sesi 2009/2010. tahniah Ijud!! semoga ko berjaya membawa batch kita ke arah yg lebih baik (jangan ko ngada2 nk buat manifesto ko yg sengal tu, kena buang daerah kang!!). aku pulak telah dilantik sebagai pengerusi kelab bola keranjang PERUBATAN serta HouseBrother (ala2,mentor untuk menarik adik2 junior lebih rapat kepada persatuan PERUBATAN). harap2 aku dapat menjalankan amanah2 yg orang lain bg aku pegang ni. insyallah i'll do it my best.

To ibu and baba, thanx a lot for everything during my summer holidays in Malaysia for the last 3 months. i really enjoy it. hope u all akan dibukakan hati, dilapangkan rezeki serta dilindungi sepanjang berada di tanah suci kelak. doakan along di sini.

To all my siblings, i really miss u guys. no more quarelling for PSP. no more hangout at mamak at late of nite. no more sharing for a mango with aloevera drink. no more belanja makan BK. no more driving to angsana. no more windows shopping at bundleshop and Al-Ikhsan. no more drive into STF and being mad by Pak Abu. insyallah kalau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki kita jumpa lagi tahun depan bila along balik cuti summer yea. to angah, strive ur best for the SPM, along sentiasa doakan awak berjaya. dont give up for this last few weeks. to acik, jaga ibu baba n adik2 yg lain elok2. to amy, decide ur future now. if nak ke sekolah agama, buat solat istikharah banyak2. to ayin, jaga diri elok2. awak tu semakin besar. tudung jangan lupa. and to all of u. JANGAN LAMBAT2KAN SOLAT, BACA QURAN SELALU!!

and lastly, to all my blog readers. sorry if u guys keep updating my blog. my schedule a bit hectic right now. plus unavailability of internet connection at my house for this moment. please pray for me. insyallah i'll keep my blog updating kay!

Thank you