Aku harap, aku tidak ambik medik
sebab medik sangat susah.
Kalau aku kena amik medik juga,
Aku harap, aku tidak amik medik di Mesir,
sebab Mesir kolot.
Kalau aku kena amik medik kat Mesir juga,
Aku harap aku tak kenal dengan 'kelompok ini'
sebab mereka double-standard kan kawan mereka.
Kalau aku kena kawan juga dgn 'kelompok ini',
Aku harap aku tak kisah dengan perlakuan mereka,
sebab itu hak mereka nak buat apa saja, kan itu perangai 'kelompok ini'
Kalau aku tak kisah dengan perangai 'kelompok ini',
Aku harap mereka tidaklah hipokrit. Paling tidak jadilah diri mereka sendiri.
sebab bila mereka begitu, aku yang makan hati, kerana berkawan dgn orang2 mcm 'kelompok ini'.
Kalau aku makan hati sekalipun,
Aku harap benda ini akan berubah satu hari nanti,
sebab bukan senang nak jadi kawan, tapi sangat senang utk dilupakan kawan.
Kalau terpaksa dilupakan kawan juga,
Aku harap aku redha je la,
sebab aku bukan macam mereka, dan mereka tidak mungkin akan jadi macam aku.
aku jahil, mereka berilmu.
aku tak bagus, mereka bagus.
aku orang yg bersosial, mereka pandai menjaga pergaulan.
aku hanya mencari kawan, mereka mencari kawan dan 'keluarga'
aku tidak mempunyai minat seperti mereka, mereka mempunyai niat yg sangat suci.
aku tidak pandai dalam sesetengah hal, mereka sangat arif dalam pelbagai bidang.
mereka mantap,
mereka hebat,
mereka komited,
mereka sanggup berkorban apa sahaja,
aku??
aku kolot.
aku tak matang.
aku tak setaraf dengan mereka.
Dulu aku respek mereka, sangat2 respek.
Tapi setelah apa yang terjadi kepada diriku dan apa yang aku lihat di depan mataku sendiri,
aku jadi menyampah dan bosan dengan mereka.
Setelah bergaul dengan mereka,
Baru aku tahu hidup ni kena mementingkan sesetengah orang sahaja, bukan semua orang yg kita kenal.
Baru aku tahu, kita kena sanggup berkorban apa sahaja demi 'keluarga' kita, tapi dengan kawan2 lain, berkorban itu ada hadnya.
Baru aku tahu kawan2 itu ada jenis2nya, yang hebat kita kawan, yang kurang hebat, abaikan dia, bergaul dengan orang hebat lagi utama. buang masa je kawan dgn orang yg kurang hebat, membazir masa dan tenaga.
Baru aku tau kenapa kelompok melayu susah nak maju sejak azali lagi, sebab ada sesetengah melayu suka majukan kroni2 mereka, majukan orang2 yang hebat, meninggalkan orang lain. Yang makin hebat bertambah hebat, yang kurang hebat jauh ketinggalan.
Baru aku tahu manusia sangat cepat berubah, dapat benda baru, benda lama ditinggalkan, tanpa meninggalkan apa2 tanda.
Baru aku tahu, manusia ni mempunyai pelbagai perangai dan sifat. paling tidak boleh tahan, hipokrit dan pentingkan diri sendiri.
dan sekarang baru aku tahu, hidup ini bukan sentiasa bahagia. ada asam garam hidupnya. asam garam yang memerlukan aku peka dengan segala jenis ragam dan perangai orang2 yang berada di sekeliling aku.
sedih kerana 'kelompok ini' wujud di dalam komuniti aku di sini.
sedih kerana semua ini berlaku di sekeliling aku.
apa makna unity is strength?
apa makna we are family?
ini semua hangat2 tahi ayam.
aku menyesal berada di dalam 'kelompok ini' !!