Thursday, 12 November 2009

Baik



siapa kata kita pada masa kini akan menentukan kita di masa hadapan? mungkin ramai yg tidak setuju dgn kata2 tu. tapi ada betul nya juga kenyataan itu. sebagai contoh, adakah kita betul2 akan jadi seorang doktor jika kita pada masa ini mengaji bidang perubatan?

ramai orang ingin menjadi baik. tetapi, ramai yg jadi 'baik' sekarang ini bukan kerana diri nya mahu menjadi baik. boleh jadi disebabkan orang lain jadi baik, dia pun mahu menjadi 'baik'. boleh juga disebabkan oleh keadaan sekeliling nya yg baik, dan die perlu untuk menjadi 'baik' kerana takut dengan tekanan dek perlian dan kata2 sinis orang di sekelilingnya. banyak hipotesis boleh dibina, kerana mahu menjadi baik satu perkara yang sangat subjektif.

mahu menjadi baik tidak semestinya kita perlu mengikut orang lain. orang lain buat ini, kita mahu buat ini. orang lain buat itu, kita pun mahu menjadi orang yg pertama membuat benda itu. menjadi diri sendiri sudah cukup bagus daripada menjadi bukan diri sendiri yg menjadi 'baik'. ada pelbagai cara untuk menjadi baik, bukan dengan berlakon menjadi 'baik'. hidup ini realiti, bukan imaginasi atau fantasi. jika mahu menjadi baik, tentukan kita betul2 baik bukan sahaja sekarang, namun di masa akan datang juga. jangan pula baik sekarang, nanti jumpa balik 5, 10 tahun akan datang, sudah bertukar menjadi 'baik'! malah sikap baik itu sendiri sudah tidak diaplikasikan lagi. kerana apa? kerana dahulu, mahu jadi baik bukan kerana diri sendiri, tapi kerana orang lain.


oleh sebab itu lah frasa 'kita pada masa kini akan menentukan kita di masa hadapan?' tidak boleh diaplikasikan di dalam hidup orang yang hanya pandai berimaginasi serta berfantasi, dan lupa yang diri nya sedang berada di dalam realiti kehidupan yang sebenar.



"It is better to be hated for what you are

than to be loved for what you are not"