Menu sarapan pagi ni sama mcm semalam,menu 'eropah'..bayangkanlah bila 6 'perut lembu' makan meal yg begitu 'banyak'..kelakar pun ada bila berebut makanan mcm budak kecik..tp takpe,Tovuk Doner laa jawabnya lepas ni...
Selesai makan,kami beredar dari guesthouse dan terus ke Istanbul Gar utk letak baggage di locker..dalam perjalanan,kami singgah di restoran doner utk sarapan kali kedua...hehe..kemudian,kami terus menuju ke tempat locker utk simpan beg masing2...
Destinasi pertama kami ialah Topkapi Palace,istana lama pusat pemerintahan sultan2 zaman Khalifah Uthmaniyah yg telah ditukarkan kepada muzium oleh Kamal Attartuk (ustaz Fawwaz kata tak layak bg dia ada gelaran 'Mustaffa')...namun,ada yg kata Izmit Inonu yg tukar,wallahualam..perjalanan lebih kurang 30 minit dari Istanbul Gar tu diserikan dgn kehadiran sang hujan yg jealous dgn adventure kami pd hari tu..namun,perjalanan hidup perlu diteruskan!!
Namun,usaha kami utk melihat tentang keagungan pemerintahan khalifah terakhir tu terkandas di tgh jalan...rupanya,Topkapi Palace tutup pd hari tu,hari Selasa...kecewa dgn plan yg tak menjadi...kami hanya berpeluang ambil gambar di taman tempat tentera Janissari a.k.a. tentera Gazi (tentera elit pd zaman Uthmaniyah) buat latihan perang (aku akan cerita lebih detail pd entry lawatan kami ke Topkapi Palace kelak)...bergambar dgn gaya tu,gaya ni...semua keluar bila ada kamera..daripada bergambar dgn kucing taman,hingga lah ke tentera pengawal,kami ajak bergambar...camera freak!!
Plan ke Topkapi Palace kami gantikan kepada lawatan ke Istanbul Arkeoloji Muzeleri (Istanbul Archeology Muzium) yang berdekatan sahaja dgn Topkapi Palace..selesai membuat bayaran dan scan tiket,kami bergegas masuk ke dalam muzium...
Untuk kami yg tak berminat kpd 'batu-batuan',sini memang tempat yg tak sesuai utk dilawati..pada kami,hanya batu2 yg tak bermanfaat utk dilihat..namun,banyak input yg kami dpt sepanjang melawat muzium ini..daripada apa yg terdapat dlm keranda mumia di Mesir,hinggalah kepada cara pemumiaan (wujud ke perkataan ni?) mayat yg dilakukan di zaman Firaun laknatullah dulu...
Dari ruangan batu-batuan zaman Firaun,ke ruangan galeri patung2 zaman Rome kami lawati...di situ,ada byk patung tuhan Zeus, Alexander The Great,ukiran2 marmar putih yg menceritakan tentang kehebatan Alexander The Great,replika patung kuda Troy dan banyak lagi..tidak kurang juga tiang2 lama pd zaman dahulu kala yg mempunyai motif2 ukiran tertentu..hanya itu sahaja yg special di sini..nothing more than that..ada juga rasa menyesal spent 20 YTL ke sini..tp,kami tidak rugi,sbb kami boleh amik gambar byk2..yeayyy!!!
Di luar masih hujan..kaki dh mula kebas sbb air dh mula masuk dlm kasut..tak pernah rasa sesejuk ni..suhu jatuh ke 7 darjah Celcius..namun,langkah diperkuatkan utk terus ke Sultanhamet yg terletak lebih kurang 100 meter dari muzium itu..
Sultanhamet Mosque (Masjid Sultan Abdul Hamid) juga dikenali dgn gelaran Blue Mosque kerana ia akan kelihatan biru di waktu malam..masjid ini dikatakan di bina utk lawan 'kecantikan' seni bina Blue MosqueHagia Sophia (church) utk menarik lebih ramai orang memeluk islam..kami teruja dgn struktur binaan masjid ini...sangat besar...selalunya masjid2 di Malaysia,kawasan sekelilingnya saja yg besar,masjidnya kecik saja...tp,Sultanhamet Mosque ni binaannya saja dh memang besar..kawasan dalamnya lebih kurang seperti Gameq Amru (Masjid Amru Ibn Asr) di Mesir..ada ruangan terbuka di tengah2 dan sebuah tempat mengambil wudu'...alhamdulillah,kami sempat menunaikan solat jamaq di masjid ini...namun,sesak dgn tourist2 yg busy mengambil gambar...
Hagia sophia pulak menjadi tumpuan kami selepas Sultanhamet Mosque..bekas gereja itu telah ditukarkan kepada masjid pada zaman Sultan Muhammad yg diberi gelaran Al-Fateh apabila baginda berjaya menawan Constantinople pada umur 18 tahun..baginda tidak merobohkan Hagia Sophia,malah menukarkan setiap tanda salib kepada corak2 bunga serta mengubah segala tanda2 'kristian' di dalam bekas gereja tersebut..lihat,betapa adilnya islam..subhanallah...
Sebenarnya tiada apa yg menarik sgt di dalam Hagia Sophia ni..cuma banyak memperlihatkan bagaimana Al-Fateh menukarkan sebuah gereja kpd rumah Allah...sebuah podium direka khas utk seorang sultan menunaikan solat tanpa diketahui oleh org ramai..nama Allah,Rasulullah s.a.w,4 org sahabat dan Hassan & Hussein r.a yg tertera dgn tulisan berwarna emas di letak di setiap sudut dalam binaan lama ini...teruja dengan usaha Al-Fateh..bagaimana baginda dpt melakukan demikian,malah menawan Constantinople di usia semuda itu...aku,pada umur 18 tahun,apa sumbangan aku terhadap umat islam??huhu...
'aku igt,blk dari Turkey leh turun berat..tp,makin naik 2kg aa'..so,kita tau sbb ape kan...hehe,jgn marah Thol..
Hari semakin gelap bila kami keluar dari Hagia Sophia..kaki semakin lenguh,penat berjalan kesana kemari...sebelum ke Galata Tower,kami mengambil keputusan utk dinner di sebuah restoran sambil melepaskan segala penat lelah..sempat juga aku charge semula digicam ku sambil transfer gambar ke dalam laptop...
Selesai makan,kami bergegas menuju ke Galata Tower...perjalanan menaiki tram dari Station Sirkeci ke Karakoy hanya mengambil masa selama 15 minit..selepas itu,kami perlu berjalan selama 10 minit utk tiba di menara setinggi 140 meter dari aras laut itu..hanya bertujuan utk melihat keindahan Istanbul di waktu malam,kami hanya naik ke balkoninye saja..tingkat lain,ada night club dan restoran..
kami dapat melihat wajah Istanbul di waktu malam...ada 5 masjid besar yg berlainan bila dilihat dari atas...Masjid Biru,Masjid Eminonu dan lagi 3 masjid aku lupa nama..tak kurang juga keindahan Selat Bhosphorus di waktu malam,Galata Bridge dan sebagainya..sekali lagi,aku dapat melihat benua Eropah dari Asia...kagum kan??..hahaha....
Sedikit info tentang Galata Tower..Ia merupakan menara yg tertua dan tercantik di Istanbul...dibina oleh pemeintah Byzantine,Maharaja Justinian pada tahun 528..menara ini pernah beberapa kali ditawan oleh pelbagai pihak,dan akhirnya berjaya di tawan sepenuhnya oleh tentera Turki pada tahun 1453..apa yang menarik pada menara ini ialah,ia telah digunakan oleh aviator zaman dahulu untuk melakukan penerbangan sulong 'manusia dengan sayap'..
Hampir 2 jam kami bersejukan di ketinggian 60 meter dari atas tanah..perjalanan kami belum selesai..destinasi terakhir,Bus Station Harem (asian side of Istanbul)...masing2 sudah penat..dalam otak hanya fikir nak rehat dan tidur sepanjang perjalanan ke Bursa nnt..tanpa melengahkan masa,kami terus ke Masjid Eminonu utk melangsaikan 'hutang' terhadap Allah..
Selesai solat,kami bergegas ke Istanbul Gar utk claim semula baggage kami dan terus ke Harem-Sirkeci Ferry Station utk mendapatkan ferry terakhir ke Harem..dalam perjalanan,kami berkenalan dgn seorang pakar endoskopik dari Izmir (satu kawasan di selatan Turki) yg berkerja di Istanbul...pada mulanya,aku bangga bila berjumpa dengannya dan kata2nya menarik hati ku (mungkin kerana dia seorang pakar perubatan kot)...namun,setelah 'dicucuk jarum',baru laa kami kenal pasti,bahawa beliau merupakan salah seorang daripada rakyat Turki yg berpegang kpd prinsip 'Freedom is more important than to be a muslim'..daripada ceritanya,kami dapat tahu betapa sekularnya kebanyakkan penduduk2 di Istanbul ini...layan perempuan,minum arak dan sebagainya..kata2nya yg paling aku ingat ialah 'to be a muslim its not important,the most important thing in my life is freedom' (lebih kurang aa,ingat2 lupa aa)...nak salahkan siapa??pakar endoskopic ni ke Kamal Attartuk??atau,nak salahkan dua-dua??persoalan yg tak dapat dijawab hingga ke hari ini...
Setelah tiba di jeti Harem dan berpisah dgn doktor berkenaan,kami berehat di dalam office Balikesir Uludag Bus Company sehinnga pukul 1 pg sebelum menaiki bas ke Bursa...
Perjalanan yg memakan masa hampir 4 jam itu dipenuhi dengan lelehan air liur basi serta dengkuran yg menyakitkan hati...zzzzZZZZzzz!!
9 comments:
ish2 sian budak baju merah tu kener fitnah tak patut2...heheehhe
penegak keadilan :
hahaha..fitnah pe nye...dh hakikat cmtu...apakan daya...
rase macam hakikat je pasal po besa tu..hehe..
kesian tdo dlm bas je..
Besa nye blue mosque tu..nak pegi situ jugak!!
hoho..
jelesnye tgk medad pegang kucing..
kat ireland x dpt usha 1 kucing pun..
sane byk anjing comel, kucing amat susah utk djumpai..
jeles2~
btw, medad pecinta kucing gak ke???
haha..macam kenal je penegak keadilan tu.sian ko.tkpe2.kalau betul anda difitnah,doa anda termakbul..
tapi...
rasanya memang betul pun kan??hua3
thol..adeka ko perlukn kaunseling ttg care2 nk dpt brt bdn ideal?ke..nk kaunseling care2 mhadapi fitnah dan tomahan..haha
sian thol.tape2 ak backup!
ni smpi hari ke bape nak sudah..jangan smpai blek mesie xsudah2
thanx2!!! ak wakil kepader enchik main_tool ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada wani keraner menyokong en. menthol heheheheh badan dah ideal tapi berat bertambah mcm maner nih heheehhe idup epi kot tu yg makin tambah tu
princess :
haha,no comment sal po...kang majuk lak die..bukan setiap mlm pun tdo dlm bas...mlm2 tertentu je...pg laa nnt ble2 ade rezeki..hehe
chep :
huhu...kat sana byk gak anjing,tp kat bndar2 aa..tempat2 cm masjid,atau tempat2 yg aman,byk kucing..tp,anjing kat sana,takut tgk..besar2..cuak seyh...medad pencinta kucing??xtau aa plak..ye kot,hobi baru katakan..hehe..leh aa jd partner 'pembela kucing'..hehe
estudiante :
haha..pe aa die ni,nk back up ke nk tambah kutukan...kesian po..hukhukhuk..xpe po,meh tinky-winky pujuk meh...alolololol..cian die...
wani mangat :
haha...mntg2 bday sama tarikh..die mau backup...bagus2...kombinasi yg bek..
terima kasih WANI:
thol anta wakil??hebat..wakil x bertauliah ea...huhu...tp mmg kan,thol dh bahagia skang...badan pun 'bahagia' aa...hehe
Post a Comment