Saturday, 20 June 2009

daddy's day

Assalamualaikum,

Baru abis
oral test Histology pagi tadi..alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan dapat jawab dengan puas hati..walaupun soalan berstylekan pop quiz,tapi aku rasa itulah yg patut setiap department perlu lakukan setiap kali tibanya oral test untuk setiap subjek..bukan soalan2 random yang dikeluarkan oleh examiner sendiri,malah student sendiri yang akan memilih kad2 soalan,diberikan kepada pemeriksa,dan pemeriksa akan tanya soalan berpandukan kad tersebut..satu perkembangan yang bagus untuk sistem pemeriksaan di universiti aku.

Semalam 21 Jun,merupakan Father's Day..tiada apa yang special daripada aku untuk baba pada Father's Day untuk tahun ni,maklumlah aku jauh di perantauan..of course laa greeting message je la menjadi pengganti diriku ini..

Time aku wish baba Father's Day semalam,die tengah bersiap2 nak pergi ke OPA Dinner di salah sebuah hotel di KL..oh ye lupa,OPA tu Old Putera Association,persatuan bekas pelajar RMC..baba sungguh aktif dalam berpersatuan ni,lebih2 lagi jika ia berkenaan dgn RMC..dia memang akan bagi fully support kat semua aktiviti yang OPA akan jalankan..well,even hampir 28 tahun die meninggalkan RMC,tp semangat boys die still kuat..thats why,walau sebusy mana pun baba,dia akan cari juga masa yang terluang untuk menghadiri majlis2 seperti itu.

Masuk tahun ni,umur aku menjadi 20 tahun..means,baba akan berumur 44 tahun pada 11 Oktober ni..perbezaan umur aku dan baba boleh dikatakan jauh jugak laa,tapi muka baba nampak seperti tak berubah,i mean nampak tak tua even uban di kepala nya tu makin menebal tahun demi tahun..sampaikan ada sekali tu,staff office dia tanya dia,"Encik Khairuddin,ni adik encik ke??",then baba just angguk je,tersenyum sorang2..dalam hati aku masa tu,"confirm baba kembang sebab orang ingat dia muda lagi" hahaha!!

Lepas tamat pengajian selama 3 tahun di RMC,baba di tawarkan oleh Ministery of Defence (MINDEF) untuk melanjutkan pelajaran di Farleigh Dickinson University,Canada,dalam bidang mechanical engineering..selama 4-5 tahun kat oversea ni laa,baba banyak lalui asam garam hidup dia...berkawan dengan kawan2 dia yg hampir rosak,kereta yang dia beli untuk kebaikan bersama di salahgunakan oleh kawan2 dia,dan macam2 lagi laa..tu baru je sikit yang dia cerita,maybe banyak lagi kot...biasa laa tu,student oversea,banyak liku2 kehidupan yang perlu di lalui...lebih2 lagi,dulu time baba study kat Canada tu,ekonomi Malaysia tengah gawat,lagi laa banyak kesusahan yang dia lalui..tapi best jugak study time2 gawat ni,dapat kawen kat oversea cam ibu dengan baba..sebab nak kawen kat Malaysia,takde duit,so kawen guna duit biasiswa je laa..hehhee...

Lepas abis pengajian kat Canada,baba balik ke Malaysia dan terpaksa berkhidmat untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 10 tahun..baba jadi pegawai 7 Kor Pengangkutan di Kem Mahkota Kluang..banyak pengalaman berguna yang dia cerita selama dia menjadi seorang pegawai tentera,seperti terpaksa tumpang lori balak tengah2 malam untuk survive dalam mission,tidur di atas busut yang kecil bersama dengan 5 orang rakannya yang lain di tengah2 hutan di tengah2 malam, dan banyak lagi laa...tapi,paling seronok bila dengar cerita bagaimana dia kantoi menipu dengan pegawai atasannya time jadi askar dulu..pastu,faham2 laa kalau askar bertindak tanpa mengikut arahan apa nasib dia,tu laa yang baba kena...kuikuikui....baba tak tamatkan perkhidmatannya dengan ATM selama 10 tahun,dia bersara awal atas alasan2 tersendiri...

Selepas keluar dari perkhidmatan ATM,baba mula bekerja dengan MARA,spesifically Pusat Giatmara,lebih kurang macam pusat2 komuniti yang menyediakan bengkel2 kemahiran untuk anak2 muda melayu..dari satu tempat,ke satu tempat yg lain,baba ditugaskan untuk menyelia dan mengawal pusat2 Giatmara ni..kalau kat Johor,baba digelar senior sebab pernah menjaga hampir kesemua Pusat Giatmara yang ada di seluruh Johor...dan sekarang ni,baba ditugaskan untuk menjadi Ketua Audit di Ibu Pejabat MARA di Jalan Raja Laut,Kuala Lumpur..aduhai,jadi macam dulu balik laa...ibu dan adik2 di Johor Bahru,Baba pula di Kuala Lumpur...ada 2 rumah laa aku lepas ni...tak apa,take it positively,its for our family good,kan ba??

Antara benda yang aku banyak pelajari daripada baba ialah ketekunan dan kegigihan dalam setiap pekerjaan yg dia buat..kalau aku grafkan perjalanan hidup baba sepanjang dia bekerja,banyak naik turun dalam graf tu akan diplotkan..dia pernah ditipu oleh ajen direct selling,pernah dikenakan tindakan ketika bekerja,dan banyak lagi...tapi semua itu,tak menjadi halangan untuk baba untuk terus mencari rezeki untuk kami sekeluarga..dia sanggup balik lambat ke rumah demi menyiapkan kerjanya di pejabat,dia tak pernah bawa balik kerjanya ke rumah,semua di habiskannya sebelum pulang..Kalau dia kena out station,atau pergi ke mana2 majlis diluar waktu kerja,tak pernah pula aku lihat dia cuba mencari alasan untuk tidak menghadiri majlis2 tersebut...dan sampai sekarang,baba tidak pernah menunjukkan sikap putus asa kepada kami adik beradik...itu keistimewaan baba...usia semakin lanjut,namun selagi ada kudrat,selagi itu dia tidak pernah mengeluh untuk bekerja...thats my dad!!

Kalau nak ceritakan sifat bapa sendiri,ramai yang akan cakap bapa mereka garang dan tegas.Well,thats common kot pada diri seorang bapa..lagi2 baba bekas tentera kan,baba kalau nak 'mengajar' anak2 dia,tak sah kalau tak ada rotan,kalau tak ada pun,dia akan piat telinga mana2 anak dia yang degil..dan piatan telinga dia amat2 laa sakit.Pernah tak korang kena piat telinga sampai berbunyi? mesti tak pernah kan..kalau nak rasa,call laa baba..boleh rasa sekali..sedaaaap..and its FOC!!

Ingat lagi sewaktu aku sekolah rendah,aku pernah di halau keluar rumah sebab bersikap kurang ajar dengan baba..aku lupa sebab apa,tapi time tu memang aku sedih giler,rase cam dah tak nak hidup je (masa tu belum matang kot)..nasib baik laa ada ibu pujuk aku masuk balik ke rumah,suruh aku mintak maaf dekat baba..haih,memang tak boleh lupakan laa kisah tu..hahaha

Even baba bersikap camtu,aku bersyukur dapat seorang ayah cam baba...yela,kalau dia tak tegas dengan aku,aku tak tau aku akan jadi apa sekarang ni..mat rempit??budak yang malas belajar mungkin...bila dia bersikap camtu,sume anak2 dengar kata,takut dan respek dengan keputusan dia,serta rasa hormat timbul bila berdamping dengan dia..walau segarang dan setegas mana pun baba,dia tetap ada sifat kasih sayang..dia selalu support kitorang adik beradik dalam setiap benda yang kitorang lakukan..kalau kitorang berjaya dalam setiap ujian atau benda yang kitorang terlibat,ada lah habuan nye tu nnt..kadang2 dapat hadiah,kadang2 dapat belanja makan...well,bukan itu yang kami pinta,tapi galakan sepenuhnya yang diharapkan dari diri seorang bapa..sekarang,kami dah ada apa yang kami mahukan..dan kami sangat bahagia!!

Banyak nye laa aku celoteh hari ini..takpe,saje nak buat entry khas untuk baba,as daddy's day present..sori ye ba,takde present yg lebih grand,hehe..

Sebelum aku tamatkan entry ni,jemput laa tgk gambar2 baba dari dulu,mase die belajar kat oversea,sampai laa bila dah ada anak 5 sekarang ni...


Baba with his beloved Nike hi-cut sneakers


I wanna be like him.I mean his hair.but I just can't.my hair is too straight


tok guru anas koq


I adore him!!


after having 5 children.wif ayin and ibu.but,he still handsome till now.daa~~


acece..


baba with strawberry salad at Cameron Highland


his favourite activity,watching news,even in da car


ini labi-labi.eh bukan,rumpai laut


like father,like son


lovely couple.during eid 2008


they both have ability to do fake smile.try this,u gonna love it



p/s:
correction!!
footnote ni aku tulis 2 hari selepas aku tulis entry ni..
actually,baba study kat USA,not Canada.
dan die bekerja sebagai Ketua Audit GIATMARA,not MARA kay..
ampun ya pak!!

1 comment:

Anonymous said...

lebih kurang ar muka baba kau dgn kau~
cool~~
huhu =]