Sunday, 24 January 2010

Facebook (edited)



Assalamualaikum.

Dah lame tak update blog. exam + life yg memang sedia bosan di tambah lagi kebosanannya bile masuk musim study leave buat kan mood nak update pun takde.

Last update tentang 'kelompok ini' yang serba sedikit membuka mata semua orang tentang fenomena 'kelompok' yg terjadi di sekitar aku. Hypersensitivity reaction pada sesetengah orang agak kuat berbanding dgn orang lain bila di stimulate dgn hal2 berkaitan dgn benda2 'kelompok' ni. well, kalau takde apa2 defection, kenapa perlu ade hypersensivity reaction sampai mcm tu sekali kan? maknanya, there is something wrong somewhere.

Ok, lupakan 'kelompok' itu. jom masuk tajuk baru.

Hidup zaman teknologi sekarang ni tak sah kalau takde Facebook kan? kalau bukak laptop, surf internet, confirmnye la nak bukak FB. dah jadi kewajipan kalau bukak internet mesti nak bukak FB. Kalau tak main
Restaurant City (RC) pun, mungkin Pet Society (PS) akan jadi pilihan, takpun Mafia Wars (MW). ramai kenalan dlm games. ko sell brg ko, aku jual brg aku. kita sama2 trade brg dlm games. secara tak langsung ko boleh laa jadi friend aku. even tak pernah bersua muka, takpe, kerana games sanggup jadi kawan tak kira warna kulit, agama, latarbelakang keluarga dan blablabla.

Selain games, boleh jugak nak comment kwn2 nye status. tak pun main tag2 gamba dgn kwn2 ke. tambah kenalan. kenal orang itu, kenal org ini. cari kwn2 sekolah lama. cari sedara mara. paling best, nak tgk ex-GF kita couple dgn sape lepas kita. kan best. guna teknologi je sekarang ni. sume orang, kita boleh stalk. best ape men stalk2 org. silap2 haribulan, jodoh kita melalui FB. kan best tu. alahai dunia!

Kita seronok dgn teknologi ciptaan orang lain. yg memberi kita medium keseronokkan yg org lain tak dpt nak berikan. MySpace ada MW, tp takde RC dan PS. Friendster pulak features tak best, hambar, dah laa takde games pastu nama boleh letak apa2 je. MySpace dan Friendster sama je. time nak register, kalau nama sebenar Ahmad Albab, boleh je kalau nak register nama as Cicakedis ke, Tempe ke, Taugeh ke. senang nak menyamar diri jadi orang lain. bosan.

Tapi FB lain. Lagi updated. tak boleh letak fake name. info sume kena precise. tak boleh nak letak fake identity. belajar mana, tinggal kat mana, sehinggakan kita berpacaran dgn sapa pun kita boleh letak di FB. MySpace dan Friendster mane ada sume itu. feature FB lagi mantap. die memberikan kita kepuasan. kita boleh share video2, gambar2 dan even games di FB kita boleh share dgn satu dunia. mantap kan FB? patut ramai yg dah buang akaun Friendster dan MySpace sbb FB. ini rupanya kelebihan FB. sehinggakan siapa yg takde akaun FB akan dilabel kolot. tak updated. kuno. susah nak contact. xtau perkembangan semasa kwn2 dan sanak saudara. dan blablabla. dianggap mcm tu sbb ape? sbb tak ikut arus kemodenan trend zaman sekarang. well. itulah dunia zaman sekarang. alahai dunia!

Kenapa aku seakan anti FB, dan tidak laman sosial yg lain seperti Friendster atau MySpace?

Good question. pada awalnya, mari kita ungkit balik kisah awal FB.

Mark Zuckenberg
(baca: seorang yahudi) merupakan bapa kepada anak tidak beribu yg diberi nama Facebook. Mark melahirkan FB dengan bantuan 3 org rakannya yg lain ketika belajar di Harvard University. Pada mulanya, FB hanya di gunakan sebagai medium bersosial di kalangan pelajar Harvard sahaja. selepas itu, barulah dikomersialkan seperti kini. pada Januari 2009 yg lepas, FB mencatatkan 350 million pemegang akaun diikuti dgn laman sosial MySpace.
(nota kaki : ingat. kita, kwn2 kita, adik beradik kita, mak ayah kita, sedara-mara kita termasuk dlm 350 million itu ye!)

Ok, ape masalahnya sertai FB?

Sertai FB tiada masalah. langsung tak ada masalah nak join laman sosial ni, lagi2 jika niat kita baik. mahu berdakwah. ajak kwn2 non-muslim masuk islam. buat memorandum utk menentang penggunaan kalimah Allah oleh non-muslim dan banyak lagi. bagus. itu semua bagus. even Ust Zaharuddin juga merupakan salah seorang pemegang akaun FB. malah beliau juga mengatakan bahawa sertai FB adalah harus, dan tidak haram. (baca link ini)


Tapi kita kena ingat. ini bukan masalah hukum. ini adalah masalah dunia. penaklukan dunia yg dirancang oleh Zionis (Yahudi) dan konco2nya. Khalifah islam sudah jatuh, dan mereka mahu menakluki dunia. logik tak? FB dicipta oleh seorang Yahudi. tak kira dia baik atau jahat. tak kira niat sebenar dia cipta FB pada awalnya utk apa dan sebagainya. dan apa yg kita tahu selama ini. yahudi sering dikaitkan dgn New World Order, illuminati, dajjal dan hal2 yg sewaktu dgnnya. dan FB mungkin salah satu cara mereka nak takluki dunia!

Lihat dahulu klip video ni sebelum menyambung pembacaan korang,



Sudah lihat? sudah terbuka minda korang? atau tak amik endah semua itu? terpulang pada korang. aku cuma berkongsi. tgk satu video je tak cukup. tgk lagi video2 berkaitan kat sidebar youtube video di atas. satu video sahaja tak cukup untuk membuktikan yg FB membantu kepada penubuhan NWO. baru nnt korang akan rasa yg hidup 'dgn' FB ni bagai menjadi mata tentang aktiviti2 seharian kita kepada pihak illuminati. selepas ini, baca balik
private policy dan term of services yg FB sediakan utk semua pemegang akaunnye. sbb benda2 ni yg kita selalu skip bila mana nak join sesuatu laman sosial.

Ok, sekarang perasan tak kenapa bila nak daftar akaun FB, kita dikehendaki untuk meletakkan semua personal info kita, nama penuh instead of nama samaran yg biasa kita letak di Friendster atau MySpace? perasan tak kenapa FB ada ruangan utk education, interest, dan banyak lagi ruangan2 yg kita tak pernah jumpa di laman sosial lain? apa tujuan nya? bukan sume orang yg view profile kita akan baca pun sume bnda tu. mereka hanya berminat dgn status kita, games kita, gambar2 kita dan jugak video2 menarik yg ada dalam akaun kita. ape sebenar tujuan benda2 itu sume?

Cara penaklukan dunia oleh pihak illuminati amat licik dan progresif. setiap hari, ada saja orang akan mendaftar akaun FB. dan setiap kali itu juga lah. segala maklumat diri pemegang akaun akan terus masuk dalam pangkalan data CIA dan sekutunya. CIA pula berpacaran dgn yahudi2 lain. dan penubuhan NWO semakin menghampiri puncaknya. Nama penuh kita, latar belakang pengajian kita, kawan2 kita, gambar2 kita tak mustahil mereka boleh tahu kesemuanya itu bukan?

Sebenarnya, banyak lagi benda yg kecil2 mahu aku ulaskan disini. berkenaan dgn mengapa FB menyediakan feature seperti
event, group invitation, mutual friends dan sebagainya? tapi aku kesuntukan masa. banyak lagi yg aku nak study utk exam. tapi yg penting. semua features itu membolehkan pihak mereka tahu segala aktiviti kita, segala pergerakan kita dan segala2 nya tentang kita. fikir balik rasional kenapa mereka buat itu semua.

Jika kita boleh menuding jari kepada anjuran AJL yg kita ckp ada unsur illuminati, kalau kita boleh berkata2 tentang sejadah yg ada unsur2 illuminati, kenapa kita sendiri tak perasan yg kita sedang membantu pihak dajjal itu sendiri menuju kearah keberkesanan agenda NWO mereka?
(klik sini dan sini utk tahu lebih lanjut ttg hubungan antara AJL dan sejadah dgn illuminati)

Entry ni hanyalah sebagai suatu perkongsian. agar semua pihak bukak mata sebelum nak daftar FB akaun, sebelum nak letak gamba tunang diorang, sebelum nak letak gamba baby comel anak sebelah atuk sedara die, sebelum nak join group2 di dalam FB atau sebelum nak tackle awek2 cun dlm FB tu. dunia ni luas. banyak bahaya menanti kat luar tu. dari FB, kita boleh berseronok komen itu ini, main game sampai tak ingat dunia. tapi hati2, sbb ada satu mata yg sedang memandang kita, dan persekitaran kita!

Kalau sebelum ni, kita seorang yg tak reti bersosial, tapi melalui FB kita pandai bersosial, bagus laa utk korang. tp itu tak bermakna ia memberi lesen kepada kita utk kat dunia sebenar menjaga baik hub laki perempuan, ikhtilat katanya. tapi dalam FB, bukan main lagi komen bnda2 yg lagha antara laki dan perempuan dan sebagainya. main tag2 gamba, pastu komen ramai2. merapatkan ukhuwwah katanya. yang tak kenal pun kita approve friend request die, sbb hensem, sbb cun. yang tak pernah tunjuk gamba kat orang. tapi dlm FB, sangat fotogenik. ingat, bukan kawan2 dan family kita je yg tgk gamba2 kita. 'org luar' tu kemungkinan besar ada access utk private photo kita. ini teknologi dorang, bukan teknologi kita. mungkin ada cara mereka menggodam masuk ke dalam akaun kita. well, who knows? todays is millenium aite?

fikir2kan lah. dulu isu hukum sertai FB. kini, isu penaklukan dunia melalui FB. ingat2 sikit. islam kini makin lemah. jangan pula kita makin melemahkan islam. FB hanya satu agenda. cara yahudi masuk ke dalam pemikiran kita, masuk dalam hati kita. buatkan kita leka, tak boleh hidup sehari tanpa FB. jangan sampai dia menguasai anda!

Semoga entry ni membuka mata kita semua. ambil pengajaran ye. kepada yg ada hypersensitivity reaction. harap entry ni tak sbb kan korang allergy. hehe



*Tambahan, tau tak once u having a FB account, means u akan selama2 nya ade FB account. even if u had deleted ur account. FB account deletion method is not a DELETE. but it just an account DEACTIVATION. means, ur account is still there. n 'they' still can 'see' u. unless ur having nothing inside ur account before u 'delete' it, ur account is still ACTIVATED. watch out people!!


credit to asmahani for that reminder and video!

15 comments:

princess said...

saye tiada facebook.saye kolot? huhu

xpe2..msih ade ym untuk cntc sahabat2 comel.. :D

yeay say no to fb! :p

Anonymous said...

jom main fster plak..
sokong syarikat Malaysia..
even bukan melayu tp atleast
bukan yahudi...

Anonymous said...

oo.. kene tapis dlu ye...

medad said...

erkk cam entry utk ak
name game ko sbut..mmg hanye ituu je la game ak men paan huhu
pepepon , ad pngajaran nyer kt entry ni.maceh ^^

Anonymous said...

sbb paan tgk game yg ko main je...
yg ko main die xtahu...
gurau je paan...

ein said...

haha..udah2 ler psl allergy2 ni..
hypersensitivity?type bpe ek? klu bley wat anaphylactic shock pn ok gak..haha

mmg dahsyat penangan FB,ade org smpai physcic disorder klu sehari tak bkk fb..tulah,sibuk carik hukum tentang penggunaan fb,ini itu,tp agenda "musuh" kita tak dpt nk sense..

mari deactivate fb..ade berani??

sy suka entry ini =)

[MH] said...

ha, sama pendapat ngn ein. membuka mata, hati dan jiwa

radhiahsyahida said...

aslmkm..

er..betul ke?
saya ada terbaca gak pasal isu ni..
tp bukan ke if kita xde fb pun, dorg still blh dtect maklumat once kite mnjd pengguna internet.

tq

cairoboy said...

princess :
takde FB x bermakna kolot.org berFB yg xreti gunakannya sebaiknya,adakah lagi maju dari kita yg xde FB?

adzim :
haha,boleh je.tp kalau nk join Friendster,bape kerat je kwn kite nnt.sume dh pg main FB.haha

medad :
aku x tujukan kat ko.aku buat ni utk general.sori kalau terasa.aku tahu name2 game tu pun dari ko sbnrnye.hehe.xpelaa,nk men2 la.tp jgn abaikan bnda yg lebih penting.1st thing 1st.

cairoboy said...

fatihin :
itu cara 'mereka' menjajah pemikiran kita.dari anak2 kecik smpai ke pangkat atuk nenek pun main FB jugak.betapa hebatnye penjajahan mereka.mahu delete FB.bagus.ko berani.tp tak sume berani nk delete FB mereka.

fathiyyah :
buka hati,mata dan jiwa.tp kalau kesedaran takde.tak guna juga.

radhiahsyahida :
btul x btul,wallahualam.ini hanya satu perkongsian.tp tak mustahil akan berlaku kan?

ye mmg semua bnda yg kita buat kini berada bawah 'pengawasan' mereka.even laptop yg kita guna ni pun,bile online mereka boleh trace melalui IP address web kita.kita tak boleh nak larikan diri daripada mereka.sbb kita menggunakan teknologi mereka.tp,mengapa kita perlu lagi mendedahkan info pasal diri kita melalui FB?tak ke namanya lagi membantu usaha mereka menjajah dunia?

ambil contoh ttg IP address yg saya ckp di atas.org yg ade laptop,dgn org yg ade laptop DAN akaun FB.awk rase mane yg lagi membantu usaha NWO mereka?

radhiahsyahida said...

oh..mcm tu.
okeh! thanks 4 ur info..
baarokaLlahu fik.

Anonymous said...

paan, dah usha the arrival? wakeupproject.blogspot. aku link post ni dkt blog aku. hope u dont mind. :)

Sayfull Allah said...

Salam, wah, menarik entry ni. sangat menarik.

tapi..

kalo mcm tu kn, mcm mane dgn email? bukankah google tu yahudi yg punye jgak?
even nk ade akaun blogspot ni pun kene gune google account kn?

email lg private woo...

dorg boleh bace jgak ke?

kalu mcm tu, tak payah ade email lah kite ek? mcm tu?

ade bukti kukuh ke NWO ni paan?

umm..food for thoughts! XDD

Anonymous said...

yes bal betul disitu, tidak dapat disangkal, google itu sendiri milik mereka, kita tiada pilihan kerana ia keperluan. tapikan bal, the thing is people tends to update fb continuously.. seminggu sekali buh gambar baru, apa event harian pun update post pulak dekat wall, selagi ada application baru mesti mau join n banyak lg la, macam memudahkan lagi mereka nak observe n trackdown kita kan?. di luar sedar setiap hari kita tlah membekalkan maklumat harian yang uptodate kepada mereka.

ya, email itu sudah tentu arah mengandungi maklumat peribadi, tapi kalau sudah menjadi keperluan apa boleh buat. mungkin dengan tidak menggunakan fb boleh mengurangkan potensi kerja2 pemerhatian mrk.

dan blog ini sendiri pun mustahil sangat kalau tidak diperhati mereka, tetapi dalam masa yang sama lebih banyak manfaatnya berbanding social website btul? selagi jangan dibekalkan maklumat2 penting seperti menulis diari dalam blog, aku rasa mungkin ok.

so aku membuat kesimpulan act kita kena berhati-hati sebelum menekan butang-butang keyboard.haha. bkenaan fb ini pulak, mungkin terserah kepada penggunaan. aku pun taktahu sejauh mana kehebatan cia ini sebab tak pernah tengok facilities mereka.

tentang nwo, bal sila rujuk internet. ramai blogger sudah elaborate benda ini. satu dunia memperkatakannya.. agenda nwo itu memang telah diwar2 secara terang-terangan oleh america sendiri misalnya, yang membangkitkan isu ialah tujuan tersembunyi disebalik agenda nwo itu. kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

*bal, please respond, share you thought. im eager to hear. kita kasi semak cmmnt box paan. haha.

Syauqi said...

aku recommend korg tgk The Zeitgeist movie. original saurce for the arrival. sumpah lebih effective drpd arrival dan lebih mendalam. dia tak pro ape2 religion tp menyedari kita ttg muslihat2 org2 yg ada 'plan' yg akan memusnahkan diri kita. jagen klau nak amik dr aku.or nnti ble2 aku pass kat haniff. tp kawan aku ada kata.. hati2 la dlm mengikuti nih. iman kena mantap supaya korang terselamat selamat. Insyallah