Monday, 19 July 2010

Alhamdulillah

"Congrats paan. huda mantap gle arh"

Aku terjaga pada pukul 5.30 pagi lepas alarm tone phone aku berbunyi. Ada message dari seorang rakan yang berbunyi seperti di atas. Aku terus menjadi segar.

'Ah sudah. result dah keluar ke'

Aku cuak. Sejak malam tadi aku menunggu keputusan akhir tahun 3 pengajian aku di universiti. Tapi, setiap kali aku buka laman web universiti, masih lagi keputusan belum di keluarkan. membuatkan ku tak nyenyak tidur malam tadi.

Aku bergegas bangun. on laptop, pasang broadband, dan mula google laman web 'Cairo University Faculty of Medicine'. Klik sana, klik sini. Akhirnya senarai keputusan keseluruhan pelajar tahun 3 tahun 2010 terpampang dalam software acrobat reader. (senarai keputusan pelajar Malaysia dari mukasurat 81 - 89)

Aku mula mencari bahagian pelajar Malaysia. Sudah jumpa!

Bermula dari pelajar tajaan JAIS, sehingga ke pelajar yang mengulang tahun. semua keputusan pelajar Malaysia aku boleh tahu dan kenal pasti.

Aku scroll mouse. mencari nombor giliran aku. itu dia!

Alhamdulillah!!

Aku menjerit di dalam hati. Gembira bukan kepalang. Keputusan yang aku tak jangkakan. secara jujurnya, memang final exam hari tu susah. Ada subjek yang format peperiksaannya di ubah last minute, dan ada juga subjek yang memang susah yang teramat. confidence aku pun naik turun bila habis menjawab satu-satu subjek. Akhirnya, berkat usaha aku serta doa dan nasihat ibu baba membuatkan aku sentiasa confident dan positif walaupun peperiksaan hari tu membuatkan ramai pelajar kurang motivasi ketika menduduki peperiksaan.

Aku mendapat Jayid Jiddan dan dia mendapat Mumtaz. Aargh, kalah lagi. midyear exam kalah, final exam pun kalah dengan dia. Walau bagaimana pun, we still on the right track. tak kisah la mumtaz ke, jayid jiddan ke, jayid ke, maqbul ke, alhamdulillah hasil usaha aku selama ni, itu lah yang aku dapat. mungkin aku kena usaha lebih sikit untuk kalahkan budak mumtaz tu. haha.

Apa-apa pun, aku sangat gembira dan tumpang gembira atas keputusan kawan-kawan ku yang lain. Namun kepada yang terpaksa repeat paper bulan Ogos ni, jangan terlampau sedih. Allah hanya menguji hambaNya yang DIA rasa mampu untuk menerima ujian dariNya tu. mungkin dengan ujian di dunia ni, hisab anda di kurangkan di padang Masyhar kelak. semoga Allah sentiasa memberkati anda semua.

Semoga dengan keputusan yang agak memuaskan ni akan terus menjadi pushing factor untuk aku terus berjaya di masa akan datang dan menjadi contoh untuk adik-adik aku maju dalam pelajaran mereka. amiin.


*Mumtaz - Cemerlang (A+)
Jayid Jiddan - Kepujian (A-)
Jayid - Kepujian (B)
Maqbul - Lulus (C)

9 comments:

LuTaNiA said...

Congrats Pa'an! :)
May god bless u always..

dakz kcek(o_O) said...

congratz yep!!!!!!!
;p

[MH] said...

tahniah! :)

princess said...

tahniah!!! :)

budak said...

aaaaiiii...paan, kalah ngn sape tu??
bukan kau gay ke? haha...boy

Sharifah Syahirah TSM said...

tahniah.
semoga terus maju.

macho said...

tahniah princess dan ko

faha mieza said...

tahniah...
doakn kami yg kt alex ni gk...

al-fareast said...

thniah la paan...mngkin tuah ko blk gn ak ...hahahaha...gurau je bro...kalo ad ap2 program rogerla