Thursday 26 February 2009

Secebis Motivasi Untuk Semua

Mohd Ashraf Alfaiz bin Mohammad Khir


Pada 25 Feb 2009 yg lepas,pihak fakulti telah mengadakan satu mini convocation utk meraikan pelajar2 perubatan yg mencapai keputusan exam yg membanggakan...

Salah seorang daripada kami,Mohd Ashraf Alfaiz bin Mohammad Khir (housemate aku tuuuu) telah berjaya masuk ke dalam kelompok student yg mencapai keputusan Mumtaz (Cemerlang) pada tahun 2008 yg lalu..dengan pencapaian 737/800 markah (93%) ,beliau telah berjaya mengungguli kedudukan pertama di dalam senarai batch student Malaysia tahun satu (2008),dan antara kedudukan yang tertinggi di kalangan keseluruhan pelajar tahun satu (2008),Cairo University.


gaya2 bersahaja penerima hadiah

Sijil dan wang insentif di sampaikan oleh Prof Dr. Sameh Farid,Dekan Fakulti Perubatan Universiti Cairo kepada semua pelajar yang berjaya,termasuk saudara Ashraf Alfaiz...

Kami bersama si pintar


housemate yg tersayang...
from left:me,medad,alfaiz,menthol,zizi


Tahniah di ucapkan kepada Alfaiz...semoga Allah memberkati kamu...keep it up dude...boleh laa ko jadi mentor kitorang lak pasni ea...congratulation...proud of u laa bebeyh!!


**oi kawan2 lain,bile lak turn kita nak naik pentas cm mamat ni..x jeles ke??haha**


p/s: ibu,ni laa housemate along yg along cite pandai tu...hehe...nnt kalau ade rezeki,kita jumpa family die k...mak die org jawa gak...leh laa ibu speaking london dgn mak die nnt..ngeh3...

Tuesday 24 February 2009

Apa ada pada 22 Feb??

'Hpy 20th bufday.May god grant u wtv u r wishing for.Moga terus sukses~'

'Salam.aku bkn lupe nk wish tau,tp aku bru topup nh.Happy blated birthday! sorry sgt3'

'HEPI BESDAY.sanah helwah ya gamel.kullu sanah wenta tayyibin.juz wanna wish u semoga dirahmati Allah slalu,mnjd muslim doc yg berjaya,mnjd shbt yg blapang dada,dmurahkan rezeki dan dpt isteri y solehah'



dari pesanan SMS,wall Facebook,message kat YM hingga la ke helaian kertas..antara wish yg aku dapat...yup,its my birthday tho...not just an ordinary birthday,its my 20th birthday!!!


aku dah tua...waaa!!!

lupakan TURKEY BACKPACKER ADVENTURES utk sementara waktu...i'm in da mood nk cerita tentang birthday aku...

selalunya,kalau di Malaysia...ibu dan baba akan bawa dinner kat luar tiap kali birthday setiap daripada kami berlima tiba...kalau tidak di fastfood,kami di bawa ke Restoran Senibong,salah satu restoran seafood yg paling popular di Johor Bahru..nama je restoran seafood,tp apa yg special di sini,nasi lemak dgn ayam goreng berempah dia..memang sedap..itu selalunya dijadikan sebagai hadiah utk birthday boy@girl dlm adik beradik aku...of course laa ayin (adik bongsu) akan dpt extra present...bongsu maa....jeles pun ade kdg2 die dpt present,even mase tu aku dh sekolah menengah...huhu....

lepas aku fly ke Egypt,setiap kali tiba 22 Feb,hanya SMS@panggilan telefon je aku terima dari Malaysia,tiada lagi free dinner mcm dulu...nk dpt hadiah apatah lagi (bukan bernada mengharap ea),lain laa kalau ade org kat sana sanggup nk kirim present ke...hehehe...

namun,aku dikelilingi oleh kwn2 yg menghargai aku..aku ni bukan laa baik sgt,selalu buat2 tak faham bila org tanya,sound direct tanpa sedar org tu tgh terluka hati dgn kata2 aku dan byk lagi laa...tp,apa yg mereka balas...mereka belai aku seperti menatang minyak yg penuh,haha...takde laa,mereka igt bday aku...siap beli kek,sambut pd jam 12 mlm 21 hb tu...ada yg bagi hadiah dan kad...terharu tol...huhu...

tp,berlainan cerita pula pada sambutan birthday yg ke 20 ni...hidup aku telah dihadiri dgn 'cahaya petunjuk'...petunjuk yg aku harap dpt membawa aku ke arah yg lebih baik..namun,apa yg aku dh buat??baik2 siang panas,jd hujan lebat lak mlm tu (fhm2 laa ea)...apa yg jadi pd mlm tu,hanya segelintir org je tau...dan biarla bnda tu berlalu..lgpun,bnda dh jadi pun...nk ungkit2,buatkan aku rase bersalah je...dia pun dh maafkan aku..so fair laa kan...(pdhal dlm hati,tau tak patut buat mcm tu)..org lain happy bile birthday die,aku lak yg diselubungi rasa bersalah...huhu...

aku betul2 tak sangka,mlm tu ade kiriman cheese cake dari dia..thol n medad selalu kaco aku berkenaan dgn hal ni,mereka jamin,mlm birthday aku,akan ade kiriman something dari dia,tp aku tak percaya..tgk2,mmg ade betul...tak tau aa kebetulan je ke atau mmg thol dh plan awal2 dgn dia...layan je laa...yg penting,cheese cake tu sedap....waa..nak lagi!!!!!!!!!!!!!!

berkenaan dgn present,byk gak laa hadiah yg aku dpt...aku dpt 3 buah buku motivasi,berkenaan dgn Maqrur dan Masrur (hari kiamat),keindahan Al-Quran dan buku berkenaan dgn 'Thought'...satu lampu tidur (sounds funny rite,tp lawa lampu tu)...senaskhah Al-Quran (from Jordan,jauuh tuu),perfume dan segulung helaian kertas berisi nasihat yang membina....dan tak lupa,sehelai baju dari Turki (even baju tu tak sesuai dipakai di khalayak ramai,tp baju tu lawa),thanx bro!!

credits to housemates aku sbb belikan chocolate cake tu,walaupun nmpk cliche (asyik choc cake je setiap kali smbt bday),aku tak kesah,tp aku sayang korang sume...miss teddy,Huzaifah n Mukmin for the books...Ijud,Mukmin dan Faysal sebab sanggup tidur Giza nk celebrate bday aku mlm tu...dak2 Giza yg lain,thanx guys....kwn2 yg bg wish kat aku (tak kisah di mana jua anda berada,sama ada melalui SMS,FB@YM)...ahli beit cheese cake sbb bg lampu tu,lawa..medad jeles dgn lampu tu,nnt bday die,bg lampu lg lawa tau...hahaha...n last but not least,to princess..thanx for the cheese cake n all those things u gave me,n sorry for what happened dat night..not intented to do such thing to u,huhu...

sekian sahaja tentang apa yg berlaku pada 22 Feb...khas utk 22 Feb 2009 tau...hehe



**aku saja nak luahkan perasaan aku kat sini,sbb aku rase betul2 dihargai pada 22 Feb yg lepas...walaupun aku rasa mcm tak layak diorang nk bg aku itu dan ini...namun,itu laa kwn2 aku...bermacam2 kerenah,namun aku tetap menyayangi mereka semua..harap korang semua dapat doakan kesejahteraan aku di dunia dan di akhirat,amiin....**

Wednesday 18 February 2009

TURKEY BACKPACKER ADVENTURES : Day 3 - Istanbul (4/2/2009)

~~Holla~~

Penat lelah hari semalam tak hilang2 lagi..biasa aa,selama ni duduk rumah je,menghadap buku 24/7,tak keluar2 rumah..sekali berjalan jauh,habis sengal satu badan..belum lagi ajak berperang,haih!!

Menu sarapan pagi ni sama mcm semalam,menu 'eropah'..bayangkanlah bila 6 'perut lembu' makan meal yg begitu 'banyak'..kelakar pun ada bila berebut makanan mcm budak kecik..tp takpe,Tovuk Doner laa jawabnya lepas ni...

Selesai makan,kami beredar dari guesthouse dan terus ke Istanbul Gar utk letak baggage di locker..dalam perjalanan,kami singgah di restoran doner utk sarapan kali kedua...hehe..kemudian,kami terus menuju ke tempat locker utk simpan beg masing2...



tuan Mystic Guesthouse yg ada anak perempuan cun...*wink2*

Istanbul Gar

Tavuk Doner ~kegemaran Po~

Destinasi pertama kami ialah Topkapi Palace,istana lama pusat pemerintahan sultan2 zaman Khalifah Uthmaniyah yg telah ditukarkan kepada muzium oleh Kamal Attartuk (ustaz Fawwaz kata tak layak bg dia ada gelaran 'Mustaffa')...namun,ada yg kata Izmit Inonu yg tukar,wallahualam..perjalanan lebih kurang 30 minit dari Istanbul Gar tu diserikan dgn kehadiran sang hujan yg jealous dgn adventure kami pd hari tu..namun,perjalanan hidup perlu diteruskan!!

Namun,usaha kami utk melihat tentang keagungan pemerintahan khalifah terakhir tu terkandas di tgh jalan...rupanya,Topkapi Palace tutup pd hari tu,hari Selasa...kecewa dgn plan yg tak menjadi...kami hanya berpeluang ambil gambar di taman tempat tentera Janissari a.k.a. tentera Gazi (tentera elit pd zaman Uthmaniyah) buat latihan perang (aku akan cerita lebih detail pd entry lawatan kami ke Topkapi Palace kelak)...bergambar dgn gaya tu,gaya ni...semua keluar bila ada kamera..daripada bergambar dgn kucing taman,hingga lah ke tentera pengawal,kami ajak bergambar...camera freak!!



kasih sayang seorang hamba Allah kepada hambaNya yg lain

nice pose

camera freak!!

tentera Janissari..hahha

Plan ke Topkapi Palace kami gantikan kepada lawatan ke Istanbul Arkeoloji Muzeleri (Istanbul Archeology Muzium) yang berdekatan sahaja dgn Topkapi Palace..selesai membuat bayaran dan scan tiket,kami bergegas masuk ke dalam muzium...

Untuk kami yg tak berminat kpd 'batu-batuan',sini memang tempat yg tak sesuai utk dilawati..pada kami,hanya batu2 yg tak bermanfaat utk dilihat..namun,banyak input yg kami dpt sepanjang melawat muzium ini..daripada apa yg terdapat dlm keranda mumia di Mesir,hinggalah kepada cara pemumiaan (wujud ke perkataan ni?) mayat yg dilakukan di zaman Firaun laknatullah dulu...

Dari ruangan batu-batuan zaman Firaun,ke ruangan galeri patung2 zaman Rome kami lawati...di situ,ada byk patung tuhan Zeus, Alexander The Great,ukiran2 marmar putih yg menceritakan tentang kehebatan Alexander The Great,replika patung kuda Troy dan banyak lagi..tidak kurang juga tiang2 lama pd zaman dahulu kala yg mempunyai motif2 ukiran tertentu..hanya itu sahaja yg special di sini..nothing more than that..ada juga rasa menyesal spent 20 YTL ke sini..tp,kami tidak rugi,sbb kami boleh amik gambar byk2..yeayyy!!!

Di luar masih hujan..kaki dh mula kebas sbb air dh mula masuk dlm kasut..tak pernah rasa sesejuk ni..suhu jatuh ke 7 darjah Celcius..namun,langkah diperkuatkan utk terus ke Sultanhamet yg terletak lebih kurang 100 meter dari muzium itu..


Istanbul Arkeoloji Muzelesi



antara benda yang menarik di Istanbul Arkeoloji Muzeleri

Sultanhamet Mosque (Masjid Sultan Abdul Hamid) juga dikenali dgn gelaran Blue Mosque kerana ia akan kelihatan biru di waktu malam..masjid ini dikatakan di bina utk lawan 'kecantikan' seni bina Blue MosqueHagia Sophia (church) utk menarik lebih ramai orang memeluk islam..kami teruja dgn struktur binaan masjid ini...sangat besar...selalunya masjid2 di Malaysia,kawasan sekelilingnya saja yg besar,masjidnya kecik saja...tp,Sultanhamet Mosque ni binaannya saja dh memang besar..kawasan dalamnya lebih kurang seperti Gameq Amru (Masjid Amru Ibn Asr) di Mesir..ada ruangan terbuka di tengah2 dan sebuah tempat mengambil wudu'...alhamdulillah,kami sempat menunaikan solat jamaq di masjid ini...namun,sesak dgn tourist2 yg busy mengambil gambar...


Blue Mosque







Hagia sophia pulak menjadi tumpuan kami selepas Sultanhamet Mosque..bekas gereja itu telah ditukarkan kepada masjid pada zaman Sultan Muhammad yg diberi gelaran Al-Fateh apabila baginda berjaya menawan Constantinople pada umur 18 tahun..baginda tidak merobohkan Hagia Sophia,malah menukarkan setiap tanda salib kepada corak2 bunga serta mengubah segala tanda2 'kristian' di dalam bekas gereja tersebut..lihat,betapa adilnya islam..subhanallah...

Sebenarnya tiada apa yg menarik sgt di dalam Hagia Sophia ni..cuma banyak memperlihatkan bagaimana Al-Fateh menukarkan sebuah gereja kpd rumah Allah...sebuah podium direka khas utk seorang sultan menunaikan solat tanpa diketahui oleh org ramai..nama Allah,Rasulullah s.a.w,4 org sahabat dan Hassan & Hussein r.a yg tertera dgn tulisan berwarna emas di letak di setiap sudut dalam binaan lama ini...teruja dengan usaha Al-Fateh..bagaimana baginda dpt melakukan demikian,malah menawan Constantinople di usia semuda itu...aku,pada umur 18 tahun,apa sumbangan aku terhadap umat islam??huhu...



Hagia Sophia


'aku igt,blk dari Turkey leh turun berat..tp,makin naik 2kg aa'..so,kita tau sbb ape kan...hehe,jgn marah Thol..




tanda2 salib yg telah di'corak'kan


rasa bersemangat bila melihat 2 gambar di atas ni

kami comel kan??

6 sekawan

Hari semakin gelap bila kami keluar dari Hagia Sophia..kaki semakin lenguh,penat berjalan kesana kemari...sebelum ke Galata Tower,kami mengambil keputusan utk dinner di sebuah restoran sambil melepaskan segala penat lelah..sempat juga aku charge semula digicam ku sambil transfer gambar ke dalam laptop...




chicken wings....sedap meal ni...nyum2!!


Selesai makan,kami bergegas menuju ke Galata Tower...perjalanan menaiki tram dari Station Sirkeci ke Karakoy hanya mengambil masa selama 15 minit..selepas itu,kami perlu berjalan selama 10 minit utk tiba di menara setinggi 140 meter dari aras laut itu..hanya bertujuan utk melihat keindahan Istanbul di waktu malam,kami hanya naik ke balkoninye saja..tingkat lain,ada night club dan restoran..

kami dapat melihat wajah Istanbul di waktu malam...ada 5 masjid besar yg berlainan bila dilihat dari atas...Masjid Biru,Masjid Eminonu dan lagi 3 masjid aku lupa nama..tak kurang juga keindahan Selat Bhosphorus di waktu malam,Galata Bridge dan sebagainya..sekali lagi,aku dapat melihat benua Eropah dari Asia...kagum kan??..hahaha....

Sedikit info tentang Galata Tower..Ia merupakan menara yg tertua dan tercantik di Istanbul...dibina oleh pemeintah Byzantine,Maharaja Justinian pada tahun 528..menara ini pernah beberapa kali ditawan oleh pelbagai pihak,dan akhirnya berjaya di tawan sepenuhnya oleh tentera Turki pada tahun 1453..apa yang menarik pada menara ini ialah,ia telah digunakan oleh aviator zaman dahulu untuk melakukan penerbangan sulong 'manusia dengan sayap'..

Hampir 2 jam kami bersejukan di ketinggian 60 meter dari atas tanah..perjalanan kami belum selesai..destinasi terakhir,Bus Station Harem (asian side of Istanbul)...masing2 sudah penat..dalam otak hanya fikir nak rehat dan tidur sepanjang perjalanan ke Bursa nnt..tanpa melengahkan masa,kami terus ke Masjid Eminonu utk melangsaikan 'hutang' terhadap Allah..


Galata Tower


Kami di balkoni Galata Tower



haa,satu lagi bukti...aku tak tipu...

Masjid Eminonu

Selesai solat,kami bergegas ke Istanbul Gar utk claim semula baggage kami dan terus ke Harem-Sirkeci Ferry Station utk mendapatkan ferry terakhir ke Harem..dalam perjalanan,kami berkenalan dgn seorang pakar endoskopik dari Izmir (satu kawasan di selatan Turki) yg berkerja di Istanbul...pada mulanya,aku bangga bila berjumpa dengannya dan kata2nya menarik hati ku (mungkin kerana dia seorang pakar perubatan kot)...namun,setelah 'dicucuk jarum',baru laa kami kenal pasti,bahawa beliau merupakan salah seorang daripada rakyat Turki yg berpegang kpd prinsip 'Freedom is more important than to be a muslim'..daripada ceritanya,kami dapat tahu betapa sekularnya kebanyakkan penduduk2 di Istanbul ini...layan perempuan,minum arak dan sebagainya..kata2nya yg paling aku ingat ialah 'to be a muslim its not important,the most important thing in my life is freedom' (lebih kurang aa,ingat2 lupa aa)...nak salahkan siapa??pakar endoskopic ni ke Kamal Attartuk??atau,nak salahkan dua-dua??persoalan yg tak dapat dijawab hingga ke hari ini...

Setelah tiba di jeti Harem dan berpisah dgn doktor berkenaan,kami berehat di dalam office Balikesir Uludag Bus Company sehinnga pukul 1 pg sebelum menaiki bas ke Bursa...

Perjalanan yg memakan masa hampir 4 jam itu dipenuhi dengan lelehan air liur basi serta dengkuran yg menyakitkan hati...zzzzZZZZzzz!!




pemilik kata2 yg sungguh 'indah' itu

aku dan pudin...sebelum proses penghasilan air liur basi bermula