Thursday 22 July 2010

Pornstar MELAYU

Entry ini tidak sesuai di baca oleh orang yang narrow minded. Jika anda rasa anda seorang yang begitu, saya mengalu-alu kan anda meninggalkan blog ini.

Internet merupakan suatu elemen terpenting pada hari ini. Ia merupakan teknologi paling maju pada zaman Millenium yang telah merebak ke seluruh institusi kekeluargaan di seluruh dunia. Dari warga emas berumur puluhan tahun sehingga ke anak kecil semuda 5 tahun telah di ajar tentang penggunaan internet.

Lihat saja pada kegunaannya. Hanya menggunakan aplikasi tertentu di Internet, kita mampu membayar bil dan saman, memesan oder makanan segera, membuat tempahan pawagam, mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan, bertanya khabar dengan ahli keluarga yang jauh di perantauan, malah, ada yang bertemu jodoh melalui dunia tanpa sempadan ini.

Namun, perlu kita ingat. Jika teknologi ini di salah gunakan, ia bagaikan memberi pistol kepada si perompak. 100 kebaikan bertukar menjadi 1000 kejahatan yang boleh diperoleh daripada 'kebijaksanaan' sesetengah pihak memanipulasikan penggunaan internet.

Sebagai contoh, penyebaran virus komputer, penghinaan terhadap kaum/agama lain melalui laman web sosial, penyebaran hasutan dan fitnah terhadap kepimpinan negara, online gaming yang melalaikan, dan sebagainya.

Melalui semua ini, sesebuah negara itu pasti akan jatuh jika penggunaan internet tidak di uruskan dengan efisyen dan proaktif.

Mengapa aku berfokus kepada internet?

Mari kita lihat kenapa.

Internet pengubah dunia. Merubah suasana. Jika dahulu, di kampung-kampung. anak-anak muda bermain galah panjang, baling selipar, main pondok-pondok dan sebagainya. Kini, suasananya berubah. tiada lagi galah panjang, tiada lagi baling selipar, dan tiada lagi main pondok-pondok. yang ada hanya Facebook, Twitter, YM Messenger, Skype, Formspring dan Blogspot. Ia serba sedikit menjadi barah di dalam diri anak-anak muda ini.

Namun, bukan itu yang di kesalkan.

Apa yang di kesalkan ialah penyalahgunaan internet yang kini menjadi fenomena biasa di kalangan anak-anak muda Malaysia, terutamanya kaum MELAYU!

Aku bagi kronogi masalah atau problem chain yang telah merosakkan anak-anak muda melayu kita pada hari ini.

Internet wujud pada mulanya di kafe-kafe siber. Penularan wabak ponteng sekolah menjangkiti pelajar-pelajar sekolah. Di mana mereka lepak? di kafe-kafe siber.

Kaum mana yang paling banyak terlibat? Kaum aku. Kaum Melayu!



Di kafe siber, apa anak-anak Melayu ni buat?

Dengan kemajuan Dunia Tanpa Sempadan, apa-apa saja mereka boleh layari, tambahan pula dengan peningkatan umur dan sifat ingin tahu yang tinggi serta disiplin diri yang kurang, tidak mustahil laman web porno mereka layari. Statistik menyatakan, kaum melayu paling ramai tengok porno!


Kaum mana yang paling banyak terlibat? Kaum aku. Kaum Melayu!


Apa mereka dapat daripada laman web porno?

Gambar serta video lucah. Semaakin lama, benda ni menjadi satu keseronokan kepada mereka. selepas satu, satu laman web porno mereka layari. Gejala ponteng sekolah semakin berleluasa di sebabkan wujudnya trend pornografi di kalangan mereka.

Kaum mana yang paling banyak terlibat? Kaum aku. Kaum Melayu!


Akibat daripada trend pornografi?

Satu fakta menyatakan bahawa, nafsu seorang remaja lelaki berada di tahap paling tinggi ialah ketika umurnya 17 tahun. Fakta lain pula mengatakan bahawa, gadis mudah terpikat dengan kata-kata manis seorang lelaki. Kombinasi antara perasaan ingin tahu, puncak nafsu,mudah terpikat dengan kata-kata manis serta amalan islam yang kurang, maka membawa kepada gejala baru di kalangan mereka. Gejala kelahiran Pornstar Malaysia.

Kaum mana yang paling banyak terlibat? Kaum aku. Kaum Melayu!


salah satu klip pornstar MELAYU
(gambar sekadar untuk mengambil pengajaran)



Pornstar tu apa?

Pornstar bermaksud pelakon lucah. Di negara barat, wujud istilah Adult Movie, di mana ia dibenarkan di negara mereka selagi mana tiada pelanggaran undang-undang berlaku, seperti menjadikan kanak-kanak sebagai pelakon lucah, atau menjual/memberi kepada remaja bawah umur. Ia menjadi kebiasaan dan merupakan satu perniagaan di sana. Sesiapa yang ingin melanggan video atau gambar di laman web mereka, perlu membayar sekian-sekian nilai wang sebelum dapat full access ke dalam laman web porno tersebut.

Namun, di Malaysia tidak sama sekali. Sebagai negara islam, kita tidak mengamalkan perniagaan seperti itu. Tapi persoalannya, sejauh manakah didikan dan amalan islam di dalam diri anak-anak muda Melayu kita?

Daripada trend ponteng sekolah, melepak di kafe-kafe siber dan melayari laman web porno. Anak- anak muda ini tidak malu ingin menjadi seperti pornstar di barat. Jangan anda terkejut jika saya katakan bahawa trend ini sedang menular di kalangan anak-anak muda Melayu kita. Kalau anda tak percaya, cuba anda taip 'REMAJA MELAYU' atau 'MALAY PORN' di Google.com dan anda akan setuju dengan kenyataan saya ini.

Berapa banyak video anak-anak muda Melayu kita sedang melayan nafsu serakah sambil merakam aksi-aksi lucah mereka? Sudah la bukan muhrim, kemudian mereka merakam pula aksi ala-ala pornstar mereka. Bukan itu saja, video-video mereka ini pula di manipulasikan oleh orang lain, di muat turunkan di laman web untuk dilanggan oleh orang lain! Sungguh sadis nasib anak-anak muda Melayu sekarang ni.

Apa perasaan anda jika anda ialah emak/ayah kepada 'artis lucah' melayu kita tu? Emak mana yang tidak hiba bila anak gadis yang dia belai bagai menatang minyak yang penuh jadi artis lucah bila sudah besar? Bapa mana yang tahan bila anak lelaki yang mereka bela seperti seorang pejuang merosakkan anak gadis orang lain ketika di bangku sekolah lagi.

Kesan daripada itu, maka meningkatlah kes-kes buang bayi di kalangan generasi Melayu kini.

"Secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
" (Sumber)

Tidak hairan selepas satu, satu kes buang bayi terpapar di muka surat hadapan akhbar harian kita. Tidak hairan jika pembinaan rumah-rumah khas untuk anak-anak gadis yang terlanjur di bina di sana sini. Tidak hairan jika suatu hari nanti, negara kita penuh dengan melayu, tetapi pemimpin kita berasal dari keluarga Ah Meng atau Gopal. Dan tidak hairan jika, negara kita akan menjadi negara nombor satu penyebar AIDS di masa akan datang jika trend kotor ini masih lagi menjadi amalan anak-anak muda Melayu kita.


Mengapa trend ini berlaku di dalam masyarakat Melayu kita? Di mana silap kita? Kita berasal dari keluarga islam, tapi mana amalan islam yang masyarakat kita amalkan? Salah emak ke? Salah bapa ke? atau salah kita sendiri? Aku tidak berniat untuk menghina kaum aku sendiri. Tetapi kaum aku yang menghina aku. Anda bukalah satu-satu video tu, anda akan tahu betapa ramai nya anak-anak muda melayu yang terlibat dalam kebanyakkan video-video lucah tu. Kaum lain ada, tetapi tidak sekronik kaum melayu.

Ambillah pengajaran. Yang ada beradik perempuan, pantaulah tingkah laku mereka. Yang ada beradik lelaki, nasihatilah mereka. Pada masa yang sama, buka sikit topik-topik berkenaan isu-isu ini dengan ibu bapa. Supaya anda sekeluarga bebas daripada endemik dalam masyarakat kita sekarang ni. Kini, di mana-mana sahaja ada perempuan melayu yang pakai Spaghetti Strap serta Short sambil dipeluk lelaki bukan suami. Kini, di mana-mana sahaja ada lelaki melayu yang cuba untuk menggoda anak-anak gadis melayu untuk di ajak untuk berasmara. Malaysia kini sudah tercemar dengan barat. Adakah Malaysia bakal menjadi Turki yang kedua?

Sudah tiba masa masanya kita perlu mengubah suasana ini. Sudah tiba masanya kita dalami dan amalkan ilmu-ilmu islam, agar zuriat kita tidak lagi menjadi busuk seperti mereka-mereka di atas. Malu dengan Allah! Malu dengan kaum lain yang jauh lebih maju dari kita. MALU! MALU!

11 comments:

Anonymous said...

ok ni kes serius ni...kne komen serius skit....mslh ni mmg skar d bndung...br td ak bc paper...rungutan pengusaha internet yg bgtau rmai bkk porno...kalo nk psg program yg blh halang access ke porn tu ad tp hrganye mhl.....agk2 nye subjek pendidikan seks kt skolah tu sesuai ke d wujudkn........?

cairoboy said...

ada cara untuk membendung.salah satunye yg ko baca dari paper tu la.ada program yg nak halang access tu kan.even Norton Antivirus mmg ade parental control pun.cma nya,satu mahal.kedua,bape sangat laa rakyat Malaysia nak guna benda alah tu?even,sex education pun still org tgh debatekan lagi ttg kewajarannya.

bbndg dgn negara barat.even bnda2 porn ni dorang x larang.tp dorang still ada sex education utk anak2 mereka.siap dah ada result yg positif (even ade yg negatif jugak) daripada sex education tu.ape beza dgn negara kita?adakah sbb negara kita ialah negara islam?atau rakyat kita not open enough utk melalui fasa pelaksanaan sex education tu?

Anonymous said...

lowh, murahh, block aje la gune modem tu. 192.168.1.1 --> advanced --> parent control

WAN DEN sar said...

kejayaan yahudi dlm menghancurkan islam....
tulah sebenarnye~~
mula2 seks jdi amalan d ngara bkn islam,,pstu seks sifemeskn di alam maya,,internet mnjadi bhn ptg lam hidup,,& sikit demi sikit umat islam@khususnya melayu terpengaruh.....
"nk ubah mudah,,ubah KERAjaan,,iA masalah akn berkurang!!"

pempuantahumalu said...

astaghfirullah..
mengucap pjg ak bile try search yg cam ko sruh tu..rase sgt MALUU!
tu br bkak 1 laman.-g.i.l.a-

my sister tod me once b4,video2 ni act bkn bleh dpt kt tenet je,kedai2 topup n CC pon BERLAMBAK22!!!!!
sbb dye pnah keje kt 1 kedai TOPUP nih.mle2 dye x taw kdai ni ad operasi sebegini rupe,skali tu terkantoi!
ade member (laki) 1 kedai dye jual upenye..
tu pn kantoi ngan kakak ak tyme member dye ni kuar n sorg pembeli TETAP ni dtg n da 'GERSANG' sgt..

then,bru la kakak ak faham knape member dye seblom2 tuh x bg kakak ak tgok laptop yg dye gne!
ade KERJA2 HARAM rupenye disebaliknye.
n patotla sblom2 tuh,pembeli dye sengeh2 tyme kuar kdai!BLUEKKK!!
[chop,korg sengeh ke lepas topup??x kan?]
n pembeli dye,mmg 95% MELAYUU!!!!!shame!
yg MUDA ke,yg TUAAA bangke ke,,same je![ade umur da pangkat atuk!!]

lpas kkak ak taw tu,trus dye berenti.
n my mom pn terkejut ble dye cite mende tu n trus x bg kitorg keje tyme cuti blaja nih..baek blaja jahet ke,g kebun ke,tlg tanam pisang lg bagoss!heheh yosh~

yeah,mari didik anak2 dengan betoll!!aminn~

[sory pa'an,komen ni da mcm 1 entry baru..hahahaha]

Hazim Azhar said...

1st skali tahniah la paan, entry yg mnginsafkan, brcerita ttg realiti kaum melayu yg semakin hanyut.

Menyebut ttg sex education. Jika di Barat mungkin terapan itu sesuai. Tapi di Malaysia mgkin ia tidak sesuai brdasarkan beberapa faktor.

1) Budaya. Budaya masyarakat melayu di malaysia tidak dapat menerima pendidikan seks kpd anak2 mereka. lebih2 lagi dengan pengaruh mentaliti islam, perkara ini dipandang sangat tidak munasabah diterapkan. Juga bangsa asia yg tidak se'open-minded' spt di barat akan mmberikan lebih kesan negatif.

2) Sex education lebih brsifat 'ilmiah' bukan 'rohaniah'. Ia sangat berisiko jika remaja2 yg tidak kuat pegangan agamanya didedahkan seawal usianya ttg seks. Ia mungkin tidak menjadi penghalang, bahkan mereka mungkin mempunyai keinginan untuk mencubanya. Ibarat kita memberikan pistol kepada kanak2 sekolah, yg mungkin berkeinginan besar utk cuba menggunakan pistol tersebut. hakikatnya remaja suka mencuba n explore something new.

urusan berkenaan jiwa manusia ialah urusan 'rohani', bukan ilmiah semata2. Ini adalah realiti. Jika diajar ttg sex education sekalipun dan pendedahan awal diberikan.. ianya masih tidak menjadi penawar kerana hakikatnya nafsu hanya dapat dikawal dengan mengenal tuhan dan iman. Jika kita lihat negara yg mgamalkan sex education, masalah ini lebih brlelusa dgn keinginan sendiri utk melakukannya.

anyway, ini hanya pendapat peribadi aku. nice entry.

patogen said...

salam,
pendidikan seks mmg agak tidak sesuai di malaysia
kerana apa,byk sbbnya
ada banyak kes yg dah lali dgr,
kanak2 yg di bawah umur balik rumah n bawak cerita tntang seks,and tanya balik parents mreka..
ada parents yg sangat tkejut.."mcmana anak aku bleh tau mnda2 mcmni ni" si anak mnjawab "cikgu ajar"

n lagi satu..
kewujudan Bank Bayi d Malaysia
ni akan menggalakkan lagi kes pembuangan bayi
mereka seolah-olah diberi ruang dan peluang,melahirkan anak luar nikah..rosakkn nasab
sepatutnya,mencegah bermula dari dasar,iaitu zina..
bukan bila dah berzina,baru nak mencegah..

Anonymous said...

kes ni dah menjadi penyakit dalam diri kaum melayu especially yg islam...kdg2(bkn kdg2 pun) mmg dah rasa malu dgn perangai kaum sendiri...kadang2 terfikir gak lagi, why "melayu"? saya pernah terbca (n sory kalau tersilap),'Jika manusia melupakan penciptaNya iaitu TuhanNya (Allah), maka Allah akan membuka keaiban manusia itu'...n aib itu adalah ap yg terjadi sekarang..kes yg bagi sy sgt memalukan..sebenarnya ap yg penting kat sini adalah pengetahuan n kefahaman mereka terhadap islam..insyaAllah, kalau mereka benar2 faham ap itu islam n tahu atas tujuan ap mereka hidup di dunia ini, sy x rasa yg perkara ini akan berlaku n berleluasa...tentang sex education pula, bg saya drpd kerajaan try utk introduce bnd nie kat skolah, its better diorg bykkn program2 yg berbentuk islamic...bcoz kes nie berlaku juga disebabkan 'mereka2' ini tidak boleh mengawal nafsu...n kenapa pulak xbleh kawal nafsu? bcoz lemah iman...so, mcm mana plak nak kuatkan iman?caranya senang dgn mendekatkan diri kepada Allah...n mcm mana plak nak dkatkan diri kpd Allah?caranya, ikut suruhanNya n jauhi laranganNya...bacalah al-quran n jgn pernah tgglkan solat...actually bnyk je lagi faktor lain...ini adlah antaranya...=)

cairoboy said...

ding :
tu la.sume tu salah kita jugak.kita terlalu alpa dgn hiburan sana sini.x terkawal hedonisme dalam masyarakat kita.sampai dah berpenyakit cmni skali teruk.tak perlu ubah pimpinan pun xpe,just perlu ubah bnda2 yg patut je.

pmpntahumalu:
bagus la kakak ko ade experience cmtu.at least baru tahu cmne remaja2 melayu kita hari ni.lagi bagus dok umah je lepak dgn family.sbb masyarakat sekarang sudah rosak teruk.

hazim azhar:
thanx hazim.mmg btol pun,sex education mmg susah nak apply kan di Msia.sbb remaja2 melayu kita sangat kreatif.terlalu pandai mempraktikkan apa yg dorg belajar.n one more thing is,mentaliti masy melayu tak se-open orang2 barat (ke tahap yang boleh diterima sahaja)

patogen:
mmg betul.banyak sbb sex edu masih belum boleh di jalankan di Msia.tp persoalannya sampai bile kita nak tggu?kite kena cari solution yg betul utk atasi masalah ni.

kalau nak ikutkan,bank bayi utk anak2 kucing terbiar perlu la.tp bank bayi utk manusia,mmg kejam.tau buat anak,tp jaga anak tak pandai.bodoh punye manusia!

Anonymous said...

salam..

haih...penat aku membaca..bengkek, sakit hati..dah lame dah aku rasa camni..kene pulak aku mmg dah lame terlibat dengan gejala2 membanteras gejala2 seks bebas sejak dulu (tak secara lansung la). even penah berprogram ngn sebuah rumah pemulihan remaja pompuan...

dorg terdiri dari budak berusia seawal umur 13..sekali lg..13 (number takleh capslock plak) tahun tau..dah bezina dan bertukar2 pasangan..

semuanya saling kait mengait..Islam kata ZINA! kita melayu yg sopan konon tukar jadi bersekedudukan...then org pandang ringan..dan buat..

macho

c's said...

*dah tahap tension habis, sampai malas nak complain apa*

dri ke akar umbi sampai ke pucuk dahan bunga sume rosak n senget2 belaka.. pape pun, yg buat cmni pun bukan org jauh2 pun, nak2 ada gk kwn2 kita buat hal.. US tu bagusla kot.. org yg jaga tu.. jagalah.. yg senget pun, senget jugalah.. tp xnak la negera kita ni mcm tu juga.. hrpn pd kita utk sama2 mnjdi lebih baik.. jgn smpi ada perasaan dgn buat dosa itu bangga.. ini yg menyampah.. perasan hot kot buat bnde2 xbes.. naudzubillah