Petang tadi tengok cerita 'Knowing' bersama Acik,lakonan Nicholas Cage. cerita mengenai rahsia tragedi2 malang yg berlaku di seluruh dunia yg berlaku pada masa hadapan diketahui awal,apabila satu misteri siri nombor yg tertanam di dalam kapsul masa selama 50 tahun terungkai.
jalan cerita menarik,tapi agak mengarut.tp jika berlaku secara realiti,pada aku tidak mustahil akan berlaku.dan yg lebih penting lagi,pengakhiran cerita berkenaan dgn kemusnahan dunia disebabkan oleh solar storm,tak mustahil akan berlaku kepada bumi.
nak tau serba sedikit tentang solar storm,klik kat sini.oh yea,satu lagi,saintis kata solar storm akan berlaku pada tahun 2011 kelak dan akan membawa kemusnahan kepada dunia.wallahualam.hanya Allah je yg tau hal sebenar.
Ok,jom ke topik yg sebenar.
cerita tentang kemusnahan bumi,korang tau tak Doomsday Vault tu ape?
Doomsday Vault atau nama sebenarnye Svalbard International Seed Vault terletak di dalam bulatan Artik di kutub utara di bawah lindungan kerajaan negara Norway. Ia dibina pada Mac 2007 dan telah dibuka pada Februari 2008.
Kebuk yg dibina dengan kos hampir 7 million $ tu dibina hanya dengan satu tujuan je - untuk memulihara dan melindungi hampir 3 million sample biji benih dari lebih 100 negara daripada sebarang bencana dunia (perang nuklear,hentaman asteroid,kemarau panjang,perubahan cuaca dunia atau apa2 jua ancaman dunia).come to worst,if something happen to the world,at least we have other backup plan to re-establish life on the earth aite? kesemua biji2 benih itu akan disimpan di dalam tempat simpanan sejuk beku gergasi pada suhu -18C selama hampir 200 tahun yg mendatang!!
Ok2,tapi kenapa ia terletak di kutub utara??apa jaminan yg biji2 benih tu takkan rosak kalau dunia dilanda apa2 bencana??
Let see,Doomsday Vault ni dibina berasaskan ciri2 keselamatan yg paling tiptop. ia dibina sedalam 120m ke dalam perut gunung Spitsbergen 1000km dari daratan Norway. vault ni jugak mempunyai 3 buah bilik selamat yg mempunyai dinding konkrit selebar 1 meter di penghujung terowong sepanjang 125m serta 4 buah pintu keselamatan yg direka khas. lokasi tempat ia dibina memang dikatakan sangat ideal utk benda alah daripada ancaman manusia pengkhianat, garisan gempa bumi (@ bencana alam) atau benda2 lain laa. sape2 yg nak pecah masuk,kena korek dulu gunung tu,then gerudi dinding konkrit 1 meter tu,kemudian kena break code pintu die dulu sebelum sampai ke dalam vault yg sebenar. by the time pencuri tu sampai dalam,FBI dgn CIA dah tunggu sambil minum kopi.hahaha!
serba sedikit tentang Doomsday Vault yg aku tahu. nak tau lebih lanjut, google sendiri ea.
*cerita pasal vault ni, teringat baba pernah cerita yg Singapore dah buat vault bawah tanah berdindingkan konkrit yg tebal untuk rakyat2 mereka kalau tiba2 dunia ni terima ancaman nuclear war. so,kalau benda tu berlaku,rakyat2 mereka dah terlindung daripada sebarang radiasi nuklear. hebat kan? haa,Malaysia bila lagi? bila nak fikir pasal masa depan rakyat? asyik isu PPSMI, ISA, liwat Anwar je tak abis2..haih..
No comments:
Post a Comment