Tuesday 13 October 2009

a new year for a new life

Lia Kaisara

Assalamualaikum..

Sudah hampir sebulan aku meninggalkan blog ni tanpa apa2 berita. bukan sengaja. cuma rumah aku belum menyambung kembali kontrak bersama dengan syarikat TE Data (syarikat internet). nak ikutkan hati mahu tukar kepada syarikat DSL. tapi tengok laa dulu, arab, mcm biasa laa bila buat kerja memang 'sangat cekap dan efisyen'. kerja yg boleh siap dalam masa 2,3 hari kdg2 boleh jadi sampai sebulan. kalau aku cukur janggut aku, tumbuh balik aku rase mereka belum tentu dapat siapkan juga. sabar je laa.

Kini aku telah berada di tahun 3 pengajian dalam bidang perubatan. semua silibus berlainan daripada pengajian 2 tahun yg lepas. dulu ada anatomy, physiology, biochemistry serta histology. sekarang up sikit. ada microbiology, pathology, parasitology dan pharmacology. tambahan pula, waktu kuliah bg setiap subjek sangat panjang, ada yg 2 jam dan ada juga yg 3 jam. pagi 3 jam, petang 3 jam, jumlah kesemua 6 jam. balik2 rumah, muka sekor2 toye je, badan longlai macam sayur. namun, itulah hakikat kehidupan seorang pelajar perubatan. agi idup agi ngelaban !!

Tahun ni juga, pengurusan setiap department nampak lebih 'matang' serta cekap. tiada lagi pindah2 kelas, satu kelas pack macam sardin atau doktor masuk kelas lambat (pelajar masuk kelas lambat ade laa!). alhamdulillah, semua jadi semakin teratur. tiada lagi ketidak puas hatian terhadap sistem pengurusan universiti. cuma agak terkilan kerana kelas sangat panjang (3 jam bg satu subjek) berbanding pelajar2 arab yg hanya mengambil masa paling lama 1 jam setengah untuk satu subjek.

Cerita tentang kehidupan seharian pula, bilik aku kini berwajah baru. katil, tilam serta almari sudah bertukar baru. untuk jangka masa panjang, sangat puas hati dengan susunan serta barangan baru tu. no more arabic style yg ntah apa2. even duit banyak keluar, tapi berbaloi dan sangat selesa!

Housemates semuanya sudah balik, cuma tinggal Thol sorang je tak balik2 lagi. nak cuti puas2 katanya. ko jangan kawen senyap2 dah aa Thol kat Malaysia tu time kitorang sume kat sini. kalau ko kawen, aku sunat ko bile ko balik nanti. hahaha!!

Oh yea, lupa nak cerita. tahun ni, kawan aku si Ijud gendut telah dilantik sebagai ketua batch sesi 2009/2010. tahniah Ijud!! semoga ko berjaya membawa batch kita ke arah yg lebih baik (jangan ko ngada2 nk buat manifesto ko yg sengal tu, kena buang daerah kang!!). aku pulak telah dilantik sebagai pengerusi kelab bola keranjang PERUBATAN serta HouseBrother (ala2,mentor untuk menarik adik2 junior lebih rapat kepada persatuan PERUBATAN). harap2 aku dapat menjalankan amanah2 yg orang lain bg aku pegang ni. insyallah i'll do it my best.

To ibu and baba, thanx a lot for everything during my summer holidays in Malaysia for the last 3 months. i really enjoy it. hope u all akan dibukakan hati, dilapangkan rezeki serta dilindungi sepanjang berada di tanah suci kelak. doakan along di sini.

To all my siblings, i really miss u guys. no more quarelling for PSP. no more hangout at mamak at late of nite. no more sharing for a mango with aloevera drink. no more belanja makan BK. no more driving to angsana. no more windows shopping at bundleshop and Al-Ikhsan. no more drive into STF and being mad by Pak Abu. insyallah kalau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki kita jumpa lagi tahun depan bila along balik cuti summer yea. to angah, strive ur best for the SPM, along sentiasa doakan awak berjaya. dont give up for this last few weeks. to acik, jaga ibu baba n adik2 yg lain elok2. to amy, decide ur future now. if nak ke sekolah agama, buat solat istikharah banyak2. to ayin, jaga diri elok2. awak tu semakin besar. tudung jangan lupa. and to all of u. JANGAN LAMBAT2KAN SOLAT, BACA QURAN SELALU!!

and lastly, to all my blog readers. sorry if u guys keep updating my blog. my schedule a bit hectic right now. plus unavailability of internet connection at my house for this moment. please pray for me. insyallah i'll keep my blog updating kay!

Thank you

3 comments:

princess said...

gmbr lia cm gmbr ben2! tiru ea?? saman hakcipta bru tau..hehe

all the best in our 3rd year!!

nabil alhanis said...

perubatan ade persatuan basketball??cam best je...
to ijud: tahniah..jangn lupa belnja makn..tanda kesyukuran

nannychomel said...

Glad to have you back 'virtually'...