Saturday 24 October 2009

a reminder from a concerned friend

Salam, semoga anda semua berada di dalam keadaan yg sihat sejahtera.

Tak berniat untuk tulis entry ni sebenarnye, cuma tergerak hati nak tulis beberapa perkara yg ditujukan khas kepada semua kawan aku yg bergelar perempuan.

Kalian semua tahu kita belajar di Mesir, negara yg populasinya hampir seperti Malaysia, 80-90% ialah muslim. Namun, bila mengatakan tentang negara islam, tak semestinya semua makhluk di dalam negara ni mengikut apa yg islam ajarkan. Tengok sajalah sekeliling kita, negara islam tapi peradaban islam takde. Ade certain tempat, negara barat yg tak amalkan ajaran islam pun lagi civilized daripada negara yg majoritinya org islam.

Ok, cukup disitu.

Apa yg aku nak tekankan kat sini ialah tentang keselamatan. Mesti semua dh bosan dgr ini semua. Mesti ada yg ckp, 'benda ni common sense, masing2 dh besar tahu jaga diri masing2'. Memang common sense, tu adik aku umur 10 tahun pun tahu keselamatan diri tu apa. Tapi kadang2, benda2 yg common sense ni laa yg ramai orang terlepas pandang.

Di Mesir, kebanyakkan muamalat kita dengan masyarakat arab mementingkan dan mengutamakan kaum wanita. Lihat saja tren Metro, ade 2 hingga 3 gerabak khas untuk kaum wanita sahaja, bas awam akan berhenti sepenuhnya jika ada kaum hawa yg hendak menaiki bas, berbanding jika kaum adam hendak naik, tidak sepenuhnya bas itu akan berhenti, dan sebagainya. Mungkin semua sedar benda itu diaplikasikan di sini dan tidak di Malaysia. Namun, jangan berasa alpa di dalam comfort zone ini. Kadang2 comfort zone itu menjadikan kita lalai dengan bahaya2 yg berada di luar.

Banyak kes2 seperti ragut,rogol,samun dan sebagainya kerap kali kita dengar dan baca di dada akhbar. Dan kebanyakkannya berlaku kepada kaum wanita. Tapi itu di Malaysia, kat Mesir kita jarang dengar bukan? Jangan ingat tiada, kes2 seperti tu ada, cuma kita jarang dengar atau kita mmg tak tau langsung dgn isu semasa di dalam negara ni.

Aku terbaca satu entry di dalam blog abg Bobby, tentang die terjumpa satu kes sepanjang die buat attachment kat O&G Department,Kasr El-Ainy Hospital tentang kes rogol yg melibatkan 3 beranak. Yang menjadi mangsa ibu yg berumur 40 tahun, dan 2 orang anak yg masing2 berumur 20 dan 7 tahun. Anak yg berumur 20 tahun tu mati sebab kehilangan banyak darah, manakala ibu dan anak yg berumur 7 tahun tu, selamat tetapi malangnya kemaluan anak yg berumur 7 tahun tu rosak teruk dan dalam keadaan kritikal (pada waktu entry tu ditulis laa, sekarang ni wallahualam mcm mane keadaan mereka). Siapa2 yg rasa nak baca, klik kat sini.

Ok, kat Mesir pun ada kes seperti itu. Sebelum ni aku ingat memang tak ada. Tapi lepas baca blog abg Bobby tu, aku pun jadi gerun. Lagi2 memikirkan bila lelaki yg merogol tu org arab yg sangat kasar dan keadaan fizikalnya 2 kali ganda saiz aku, dan keadaan anak perempuan yg umur 7 tahun tu sangat kritikal keadaannya, aku boleh bayangkan betapa rakusnya lelaki tu perlakukan terhadap budak tu. Kalau ia berlaku kepada kawan2 kita pulak mcm mane? Naudzubillahiminzalik!!

Orang pernah kata, jika di Mesir kita akan jumpa orang yg baik dia sebaik nabi, tapi ada juga orang yg zalim dia melebihi Firaun. Now, aku dah sedar akan kata2 itu, even aku tak pernah jumpa kes seperti itu.

Back to our main topic. Isu keselamatan tadi. Adakah kita semua pernah concern tentang semua itu. I mean kamu, ya kamu yg bergelar perempuan. Tanya diri kamu, pernah tak kamu bayangkan benda ini berlaku pada kamu? Jangan salah sangka ya. Aku bukan mendoakan. Aku cakap mcm tu supaya kamu semua concern tentang diri sendiri dan tidak lagi keluar malam2 atau jalan sorang2 even di siang hari. Pihak persatuan/batch telah sediakan perkhidmatan mushrif, gunakan. Aku tau ramai yg tak berminat dgn khidmat ni. Tak bebas nk berjalan, mushrif tak sporting, mushrif banyak songeh, atau2 apa je laa. Tapi ingat, sebenci mane pun korang dgn perkhidmatan ni, percaya laa ckp aku, korang lebih selamat.

Aku pernah terserempak dgn kawan perempuan yg berjalan sorang2, yg suke keluar then balik malam2, tanpa ditemani mushrif. Dalam hati aku, aku respect dia sebab dia pandai survive dan boleh independent di tempat orang. tp jauh dilubuk hati, aku kutuk2 dia sebab berjalan sorang2. Kalau apa2 jadi, siapa susah??

Kamu semua kena ingat, kita ni orang asing bagi masyarakat kat sini. Specifically, orang arab akan pandang perempuan melayu kat sini lawa2, kecik comel loteh, cute2 miut2. Dan naudzubillah, senang menjadi sasaran mereka. Mungkin kebanyakkan kita jumpa orang2 yg baik2 semua, mengutamakan wanita dan sebagainya. Tapi jangan lupa, dalam sesuatu populasi, akan ada 20% daripada mereka yg berlainan daripada yg lain. Even korang duduk di dalam kawasan jemaah melayu yg ramai sekalipun, utamakan keselamatan diri. Jangan terlampau berani nak ke tempat yg tak biasa pergi sorang2, jangan laa balik dari tempat2 yg jauh larut malam (kalau ada, pandai2 hidup. jangan mengada nak jalan sorang2, cari mushrif, kalau tak, jangan jalan sorang2). Jangan dah terhantuk baru nak tegadah. Ingat, kita kat sini ramai, boleh mintak tolong sape2. Insyallah jika kita berbuat baik dgn orang, orang akan buat baik kat kita. Jangan laa pulak time susah baru nak mintak tolong, time senang langsung tak sedar kawan tu wujud kat Mesir ni!! kalau dapat kat aku, sori laa ye, aku tak akan layan!

Btw, satu tips untuk korang. Pergi kemana2 bawak cutter/pisau lipat dlm poket. Bukan khas utk perempuan je, lelaki pun sama. Org arab ni bukan leh percaya, suka2 je nak pow duit. Insyallah alat tu membantu if apa2 jadi kat korang.

Dulu aku tak peduli dengan benda ni, sebab tak tau pulak Mesir ada kes2 mcm tu. Dan aku bukannya siapa2 nk tegur budak itu ini tentang muamalat harian mereka. Nanti ada yg kata aku ni suka jaga tepi kain orang laa, sibuk tanya mereka nak kemana, dengan siapa dan sebagainya. Tapi lepas apa yg aku baca dan apa yg pernah berlaku kepada kawan aku sendiri yg pernah kena ragut tu, aku rasa aku bertanggungjawab nk tegur mereka. Aku ni nampak je cm budak nakal, tapi hati aku baik sebenarnya. Ya, itu hakikat! hahahaha...

Aku rase itu je kot apa yg aku nak ckp sebenarnya. Kesimpulannya, tak kira laa korang ni siapa, datang dari mana, ingat, we are one jemaah here. laki2 jaga perempuan, perempuan pula jangan laa terlebih berani. apa2 hal, just text or call budak2 yg korang kenal, mintak tolong. Insyallah, kawan2 akan tolong. Kita kat negara orang, jangan buat mcm rumah sendiri.

Sori, aku sebenarnye tak layak nak tegur2 ni. Tapi cuma taknak benda ni berlaku di kalangan kawan2 aku sendiri.

Semoga dapat ambil iktibar.

14 comments:

princess said...

kdg2 tkut menyusahkan pak2 musyrif....huhu.. kalau kte kat rab'ah then nk suro musyrif dtg amik kat ctu boleh ke?? kesian.. :(

cairoboy said...

princess :
dats wat i said,kena pandai2...if xde mushrif yg nk tolong maybe sbb jauh or sebagainya.jgn balik sorg2,jln ramai2 n jln kat tmpt ramai org.mushrif tu satu option je,if bnda tu x dpt,option lain kan ade..

deng~ said...

terbaek rr paan...harap2 geng2 akhawat ni dgr n patuh..kan da terjadi..xde org nk pulak...
satu ag nk pesan,,klo blh bgtaw awal rr...ni da nk berak bru nk buat jamban..haha..paham2 la...
"ingt maruah e2 lebih penting"

piranha said...

betul tu..musyrif pun kalau dah bgtaw awl wlau sejauh mane pon die akn pegi.sbb dah bgtaw awl..ni x...bgtaw time dah nk blik..manataw musyrif ni main bola ke..tidur ke..zzz.yg penting tolong menolong sesama kite..

cairoboy said...

deng :
haha,btol2.da nk berak baru nk buat jamban xpe lg deng.jgn dh berak,baru sibuk nak cari sumber air dh laa..hahaha..kotor siot comment aku ni..

piranha :
btol2,kna laa gtau awal kan.hehe.mane tau si piranha tu nk sgt jd mushrif ke,die kan piranha,suke mkn ikan2 kecik..wakakakakakakaka!!

onee said...

SALAM
terima kasih atas entry ni..
moga yg belom perasan,akan perasan..
same2 kite bantu membantu..
bukan susah pn kan..:]
salam ukhuwah kpd semua...

juwe said...

sokong paan...
tp tolg bg tau awal c ket r kat musyrif....
nanti jd kalut plak klau bg tau lewat, musyrif pon jd malas...

[amiza malik] said...

thanx paan!

Unknown said...

btol2...kita kalau bawak kereta mmg la tak langgar org, tapi org belum tentu tak langgar kita.. :D

Puteri said...

jazakallah. em...kalau tiap2 minggu panggil musyrif nyusahkan tak??

Baizura said...

anda sgt concerned. bagus bagus. *thumbs up*

cairoboy said...

onee :
sama2.mmg btol,x susah.kdg2 sbb x susah laa org pndg remeh bnda ni.moga2 kita semua dilindungi.

juwe :
aii wea,cm ade pngalaman je kna pggl lewat utk jd musyrif.hehe

ayu :
welcome!

umar :
kalau keta langgar,then die tggjwb xpe.ni jgn langgar lari dh laa.itu baik keta,kalau kena langgar lori cmne??

puteri :
erm,susah gak nk jwb soklan ni.nk ikutkan secara personal,agak mnyusahkan gak laa,sbb cm dh tetapkan jadual harian org dlm jadual hidup kita.tp boleh je kot,jgn dpt org yg sama tiap2 mggu dh laa.haha

bai :
xiexie ni baizura!

nannychomel said...

A very good reminder..Memang patut mereka selau diperingat2kan. Jangan ingat air yg tenang xde buaya lbh2 lg di negara orang. Kalau di Msia skrg ini semakin menjadi2 apatah lg di luar negara.

Kepada anak2 gadis di sana, plz take it as a very serious reminder.

macho said...

bai..kat sini pon kene buatla aku igt..sedap2 jek gi denys sampai 1-2 pg..haih..hihi