Wednesday 29 July 2009

Numb by Linkin Park



HAHAHA,X BOLEH BLA!!!

Monday 20 July 2009

Nombor Mengikut Persepsi Orang Cina


"Along, kenapa lif ni takde tingkat empat?? Kenapa lepas tingkat 3, ada tingkat 3a pulak?? mane pergi tingkat empat??" tanya si kecik Ayin kepada aku ketika menaiki lif hotel Good Hope.

"Owh, tu sebab kepercayaan orang cina, nombor empat tu membawa malang, takde 'ong' orang kata" jawab si abang yg baik itu.

"Ooo yeke..", Ayin ketawa sorang2

****************************

Memang benar, dalam tradisi orang2 cina, nombor empat memang membawa maksud yg malang.

Mereka percaya, setiap perkataan yg mempunyai intonasi (pinyin) yg sama dengan perkataan lain yg membawa maksud yg negatif, akan turut membawa maksud yg negatif kepada si pengguna perkataan tersebut. Sebagai contoh, nombor empat di dalam bahasa cina berbunyi ( 四 ), manakala perkataan yg membawa maksud mati juga berbunyi ( 死 ). Akan tetapi, kedua2 bunyi tersebut mempunyai pinyin yg berbeza. Sebab itu, orang cina percaya yg nombor empat ini membawa maksud yg malang, kerana ia menjurus kepada maksud mati.

Ok, aku tau ramai yg kurang faham tentang pinyin tu kan. Mari aku jelaskan.

Setiap bunyi atau sebutan huruf dalam bahasa cina (aku cakap berkenaan dgn dialek mandarin, sebab aku belajar mandarin je) mempunyai empat maksud yg berbeza, mengikut kepada intonasi yg berbeza. Seperti contoh, bunyi ma:

媽/妈 ( mā ) - bermaksud 'emak' -- (high level tone)
() - bermaksud 'pasif' -- (high rising tone)
馬/马 () - bermaksud 'kuda' -- (low falling-rising tone)
罵/骂 ( ) - bermaksud 'marah' -- (high falling tone)
嗎/吗 ( ma ) - perkataan tambahan kepada ayat tanya -- (neutral tone)

Kalau korang perasan, atas setiap huruf vokal dalam setiap bunyi tu, ada tanda2 yg berlainan. Itu menunjukkan cara2 bacaan atau intonasi yg perlu diberi kepada setiap perkataan atau huruf yg digunakan. Lebih kurang macam bunyi intonasi 'do re mi fa so la ti do..' yg orang selalu guna dalam kelas vokal tu. pinyin, maksud, dan huruf lain2 tetapi mempunyai bunyi yg sama.

Macam tu juga dalam kes nombor tu tadi, setiap nombor mempunyai bunyi mereka sendiri. Dan setiap bunyi2 tersebut mempunyai bunyi yg sama dengan huruf2 lain yg membawa maksud samad positif ataupun negatif, cumanya pinyin mereka tidak serupa. Seperti kes nombor empat tadi, die mempunyai bunyi yg sama dgn perkataan yg membawa maksud mati, tu laa sebab die dikatakan nombor yg membawa malang kepada kaum cina.

Korang faham kan?? tolong laa faham, penat aku taip ni, huhu...

Kaum cina terkenal dgn pantang larang mereka mengenai nasib. Daripada Feng Shiu, Yin Yang, hingga ke nombor pun mereka boleh katakan boleh mendatangkan nasib malang atau baik kepada si pengguna. Oleh itu, janganlah anda terkejut jika melihat rakan2 cina anda sanggup membelanjakan sehingga beribu2 ringgit semata2 untuk mendapatkan nombor plat kereta yg dikatakan dapat memberi 'ong' yg baik kepada mereka, atau anda terjumpa seorang amoi sedang bertengkar dgn seorang receptionist hotel kerana telah memberinya bilik yg bernombor malang kepadanya.

Lain tradisi budaya,lain kepercayaan mereka.

Ok, mari kita tengok pula nombor apa yg membawa elemen positif dan/atau negatif di dalam kehidupan mengikut tradisi kaum cina.

Sebelum itu, aku nak perkenalkan dulu nombor2 dalam bahasa cina kepada korang (korang sume ramai yg dah tau kan,alaa basic je kot benda ni)

satu ( ) - yī
dua ( 二 ) - èr/liăng
tiga ( 三 ) - sān
empat ( 四 ) -
lima ( 五) - wǔ
enam ( ) - liù
tujuh ( 七 ) - qī
lapan ( 八 ) - bā
sembilan ( 九 ) - jiǔ
sepuluh ( ) - shí

Ok, lets proceed

Nombor yg membawa 'ong' baik punya!!

二 ( èr/liăng ) - 2
Ada satu pepatah cina berbunyi 'good things come in pairs'. Ia menggambarkan kebahagiaan, apabila dua merpati sejoli disatukan dalam satu majlis perkahwinan. Ia dikatakan mewakili kebahagiaan yg kekal. Secara teknikalnya, orang2 cina selalu juga merujuk dua sebagai tuah ketika mereka menjenamakan barangan jualan mereka (eg: double coin, double dragon). Ia dikatakan akan melariskan jualan mereka itu.

三 ( sān ) - 3
Nombor tiga ni mempunyai bunyi yg hampir sama dengan perkataan 生 ( shēng ) yg membawa maksud lahir. Oleh itu, ia dikatakan sebagai lucky number kerana memberi tuah kepada setiap kelahiran di dalam keluarga masyarakat cina.

五 ( wǔ ) - 5
Nombor yg berkaitan dengan 5 elemen di bumi ini (air,api,kayu,tanah dan logam) berdasarkan Chinese Philosophy. Ia juga dikaitkan dengan unsur kekuatan kerana, dikatakan salah satu pintu pagar The Forbidden City di China mempunyai 5 buah busur besar sebagai pertahanan.

( liù ) - 6
Mempunyai bunyi yg sama dengan 澑 ( liù ) yg membawa maksud wealthy dan 流 ( liú ) yg membawa maksud fluid. Oleh itu, ia banyak dikaitkan dengan perniagaan kerana mereka percaya bahawa wealthy mereka akan mengalir seperti fluid. Ia juga dikaitkan dengan kegembiraan.

七 ( qī ) - 7
Simbol kepada semangat kekitaan. Merupakan nombor tuah kepada sesuatu perhubungan. Di barat, ia merupakan nombor yg paling bertuah. Dalam budaya cina pula, ia dikaitkan dengan perkataan 起 ( qi ) yg membawa maksud kebangkitan.

九 ( jiǔ ) - 9
Merupakan nombor satu digit yg paling hebat. Mereka percaya demikian kerana pada zaman Emperor of China pada zaman dahulu, raja2 cina memakai perhiasan di kaki yg mempunyai ukiran 9 ekor naga dan mitos cina pula menyatakan bahawa setiap ekor naga tersebut mempunyai 9 ekor anak (yg ni aku kurang faham,haha). Ia juga membawa maksud 'bersama selama-lamanya' dan sesuai utk majlis perkahwinan.

八 ( bā ) - 8
Mempunyai bunyi yg sama dengan 发 ( fā ) yg membawa maksud kemewahan. Dalam dialek cantonese pulak, bunyi bā disebut sebagai 'baat' dan sama bunyinya dengan 'faat' yg bermakna masa depan yg cerah.

Beberapa fakta menarik mengenai nombor ni:
1. Satu nombor telefon yg kesemuanya bernombor 8 telah dijual dgn harga USD 270,723 di Chengdu, China
2. Upacara pembukaan sukan olimpik musim panas di Beijing telah diadakan pada 8/8/2008, jam 8:08:08 malam.
3. Seorang lelaki di Huangzhou, China telah menawarkan nombor plat keretanya yg bernombor A88888 pada harga USD 164,000!
4. Nombor 8 juga dikaitkan dgn agama buddha apabila dikaitkan dengan bunga teratai (mempunyai 8 kelopak bunga)


Nombor yg membawa 'ong' duka lara.

四 ( sì ) - 4
Oleh kerana ia mempunyai bunyi yg sama dengan 死 ( ) yg membawa maksud mati, nombor empat telah menjadi nombor malang bagi budaya orang cina, jepun, korea dan viatnam.

Fakta menarik berkenaan nombor 4:
1. Tidak pernah pun wujud model handphone Nokia yg bermula dengan nombor 4. Kalau ada, cuba laa cari bagi aku tgk.
2. Begitu juga dgn produk gajet lain, seperti Palm, PDA atau digicam. Sebagai contoh, Canon Power Shot G series, ada model G1,2,3 selepas itu terus ke model G5, tiada G4.
3. Kebanyakkan di timur asia, hampir kesemua bangunannya tiada tingkat 4 secara literal. Sebarang nombor yg mempunyai angka 4, tidak akan dikira sebagai tingkat. Oleh itu, kebanyakkan di sana, walaupun tertera di lif ada sehingga tingkat 50, tapi sebenarnya hanya ada 36 sahaja tingkat secara fizikal.
4. Pada awal tahun 2000, sebuah kereta mewah Alfa Romea model 144 telah dijual, namun tiada siapa ingin membelinya. Penjual kereta berkenaan mengambil keputusan untuk menukarkan model kereta berkenaan kepada model lain.



*semua benda ni hanyalah kepercayaan sebuah budaya dan kaum sahaja, kita hanya boleh menjadikan ia sebagai panduan, atau mengambilnya sekadar suka. Ingat kita ada kepercayaan lain. Lain budaya,lain kepercayaan. Jangan terikut2!!

Thursday 16 July 2009

Konspirasi Kematian Michael Jackson


Tepat pukul 2.26 pagi pada 25 Jun 2009, Michael Jackson (MJ) telah disahkan meninggal. Seluruh dunia gempar dengan tragedi tersebut. Siapa sangka,lagenda moon walk yg bakal mengadakan persembahan terakhirnya di London pada Julai 2009 ni telah meninggalkan peminat fanatik beliau tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.

Setelah 2 bulan bertungkus lumus membuat raptai dan persiapan persembahannya,beliau mati secara mengejut ketika sedang tidur. Adakah sudah memang ajalnya,atau satu konspirasi barat untuk mematikan penyebaran islam??


Mengapa aku kaitkan penyebaran islam dgn kematian MJ??


Mari kita lihat kisah kehidupan MJ dan kaitan nya dgn islam.

MJ terkenal dgn sifatnya penyayang dan belas ihsan nya kepada orang2 susah. Beliau melaburkan hampir kesemua aset2nya untuk kebajikan. Beliau merupakan aktivis tegar dalam menegakkan hak african-american, mangsa AIDS, buruh kanak2, pengguguran bayi dan sebagainya. Beliau selalu berangan2 untuk menjadi seperti Peter Pan yg tidak pernah tua, selama2nya berada di alam kanak2. Riang dan gembira. Itu yg memberikan beliau inspirasi utk membina Neverland. Syurga kanak2.

Pada tahun 1989, MJ telah membuat satu kenyataan yg mengejutkan dunia.
"I have seen the Islam in the life of my brother, I have read the books about Islam. And I'd love to someday feel the calmness and peace of Islam". Kenyataan ini dibuat setelah MJ melihat kebahagiaan yg dikecapi abg beliau, Jermaine (Muhammad Abdul Aziz) setelah memeluk islam dan kini menetap di Bahrain.

Kehidupan MJ menjadi porak peranda apabila beliau telah dituduh meliwat pelakon Home Alone, Macaulay Culkin pada tahun 2005. Kenyataan dan black mail yg diterima atas tujuan untuk mengurangkan pengaruh beliau. Ini merupakan 'serangan' awal pihak barat untuk mengalihkan perhatian dunia dan menundukkan MJ daripada terus memeluk islam dan meluaskan pengaruh 'dakwah secara diamnya' ke atas peminat2nya.

Untuk beberapa tahun berikutnya, MJ mendapatkan kembali motivasi dirinya melalui rakan lamanya, Cat Steven atau nama islamnya, Yusuf Islam. Daripadanya, MJ belajar bagaimana untuk menjadi seorang muslim yg hidup di tengah2 kekafiran. Dalam masa ini juga, MJ berkawan dgn penulis lagu 'Give Thanks to Allah', Zain Bikha, yg inginkan beliau menyanyikan lagu tersebut pada bila2 masa.

Sepanjang pertuduhannya, MJ telah menginap di Bahrain selama 3 tahun dan menjadi pelajar khas Sheikh Abdullah bin Hamad Al Khalifa, anak raja Bahrain dalam usaha untuk mendalami ilmu2 agama islam. Dalam masa ini,beliau belajar bagaimana hendak bersolat,baca Al-quran dan sebagainya. Akhirnya, dengan berkat hidayah Allah, MJ telah mengucap dua kalimah syahadah di dalam satu majlis keramaian yg diadakan di Los Angeles pada November 2008. Majlis ini hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat dan sahabat2 handai MJ. Sebulan kemudian, beliau telah berjaya menunaikan haji bersama raja Bahrain bersama Sheikh Abdullah bin Hamad Al Khalifa.

Kini, MJ telah menganut islam. Apa pula agenda barat untuk menutup kebenaran tersebut??

Pada Mac 2009, MJ telah membuat sidang media yg menyatakan tentang niatnya untuk membuat persembahan terakhirnya sebelum bersara daripada bidang nyanyiannya. Namun, tiada siapa tahu yg niatnya itu hanya tinggal usaha yg sia2 apabila beliau dikatakan telah dibunuh 3 bulan kemudian, sejurus sebelum beliau sempat membuat persembahan terakhirnya di London.

Beliau bercadang untuk bernyanyi bersama dengan Yusuf Islam dan rakan2nya di atas pentas dan mengumumkan tentang persaraan dan keislaman beliau pada malam persembahan itu nanti. Di akhir persembahannya nanti, beliau akan menyanyikan lagu 'Give Thanks to Allah' bersama2 Yusuf Islam. Inilah antara faktor mengapa MJ memilih London sebagai lokasi perembahan terakhirnya, untuk mengelakkan ancaman dari Am**ika dan membolehkan beliau bergabung suara dgn Yusuf Islam yg sedang menetap di England.

Pada pukul 12.30 tgh malam, 25 Jun 2009, setelah usai melakukan raptai untuk persembahan terakhirnya, MJ memeluk production manager nya dan berkata, "After reherasing for 2 months, I am finally ready for the concert..." dan sambil melambai ke arah krew2nya sambil berkata, "It was a good night everyone. I'll see you all tomorrow...", dan itu lah kata2 terakhir MJ kepada mereka sebelum disahkan meninggalkan meninggal dunia 2 jam selepas itu.

Setelah pihak berkuasa di panggil untuk siasat kematian MJ, banyak kerenah birokrasi dalaman yg mereka lakonkan untuk melewatkan proses siasatan kematian lagenda ini. Keputusan autopsi hanya boleh di keluarkan selepas 2 bulan. Sangat tidak logik,even sistem paling lapuk bedah siasat mayat di Afrika sekalipun boleh mengeluarkan keputusan autopsi paling lame 2 minggu!!

Bedah siasat kali kedua dilakukan hasil daripada rayuan ahli2 keluarga MJ,akhirnya keputusan autopsi dikeluarkan 4 hari selepas rayuan dilakukan. MJ telah di suntik dengan high dose of anesthetic drug, yang mempunyai reversible effect of consciousness, dan cukup untuk memberhentikan fungsi jantung.

Lagi satu perkara yg disorokkan daripada pihak media ialah, salur alimentari MJ bebas daripada sebarang dadah, tetapi semua salur darahnya dipenuhi dgn dadah. Doktor yg menjalankan bedah siasat ke atas mayat MJ juga telah mengesan banyak kesan jarum pada badan MJ. Ini menunjukkan yg MJ telah disuntik dgn dadah bius tersebut ketika beliau tidur pada malam 25 Jun tersebut.

Selepas seminggu kematian MJ, pakcik B***ck Ob*** telah diwawancara di CNN, dan dia menyatakan akan kesedihannya, "I love MJ, I grew up listening to his songs. It is a great loss, but rest assured that there is no conspiracy in his death..."

Sekarang, fikir2kan mengapa pakcik ni tiba2 nak keluarkan kenyataan yg menyatakan kematian MJ bebas dari sebarang konspirasi walaupun pada masa dia diwawancarakan, keputusan autopsi MJ belum lagi dikeluarkan. Tepuk dada,tanya diri sendiri..

MJ terkenal dgn seorang yg sangat membencikan najis dadah, kenapa badan beliau dipenuhi dadah?? Jika beliau ingin membunuh diri sekalipun, mengapa susah payah membuat raptai untuk persembahan terakhirnya sampai 2 bulan lamanya, sebelum bunuh diri? Berbaloi ke semua itu,nak mati setelah berpenat lelah menari?

Cukuplah dengan kematian MJ ni. Barat telah banyak memperbodohkan dunia dengan kuasa mereka. Banyak konspirasi yg menyelubungi kematian lagenda2 sebelum ini. Sebut sahaja siapa, Marilyn Monroe, Martin Luther King dan Princess Diana. Semua itu berjaya di tutup begitu sahaja oleh pihak di sebelah sana tu. Kini wujud satu lagi konspirasi untuk merabunkan mata dunia akan kebenaran yg kekal. Konspirasi yg diwujudkan untuk menghalang penyebaran islam di kalangan peminat2 MJ, di kalangan penduduk2 dunia barat. Namun, banyak perkara yg menjadi pertikaian hingga kini tentang kematian MJ. Kebenaran itu tetap benar!

Satu perkara lagi..


Keluarga MJ menuntut agar mayat MJ disempurkan dengan cara islam dengan pertolongan The Brotherhood of Islam. Namun, AIC (sila terbalikkan huruf2 itu) muncul di pintu Neverland dan memberikan ugutan agar perkara itu tidak di umumkan kepada dunia. Jika pihak keluarga MJ gagal berbuat demikian, hak penjagaan 3 orang anak2 dan harta MJ akan berpihak kepada bekas isteri beliau, Debbie Rowe. Oleh kerana untuk mendapatkan hak2 berkenaan, ahli keluarga MJ hanya menurut perintah.

Akhirnya, mereka bersetuju untuk ahli keluarga MJ untuk mengkembumikan jenazah MJ secara islam di Neverland. Akan tetapi, mereka mesti melakukan upacara perkebumian secara kristian di khalayak ramai, untuk menunjukkan bahawa MJ masih lagi kristian di mata dunia. Jadi, upacara di Staples Center itu hanyalah lakonan semata-mata. Sebab itulah, keranda MJ itu disealed dan tertutup rapi. Sebenarnya, MJ telah dikuburkan secara islam sehari sebelum 'lakonan' itu di lakukan. Selepas lakonan itu selesai, keranda kosong itu ditanam secara kristian di Hollywood, atas perjanjian dengan kerajaan Am**ika.

Semua hal yg berlaku di atas adalah kerana pihak Am**ika bersama sekutu mereka takut akan peningkatan muslim di seluruh dunia. Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi untuk menjatuhkan islam. Apa sahaja!!

Dalam contoh lain, lihat sajalah bagaimana seorang presiden yg penuh dgn dendam kesumat terhadap muslim sanggup meruntuhkan bangunan pencakar langit di negara sendiri semata-mata untuk menuduh islam sebagai pengganas (sila rujuk 9/11 conspirasy dan Operation Desert Storm di mana2 sumber).

Fikir2kan lah..


Monday 13 July 2009

Tidur


Tidur adalah nikmat yg Allah berikan kepada kita demi menjaga hak badan kita setelah berpenat lelah melakukan sesuatu kerja.

Secara fisiologinya,orang yg sedang tidur sedang 'mati' dalam keadaan biologi.Oleh itu,biarlah orang yg tidur itu meneruskan tidurnya,agar sistem badannya tidak terganggu.

Namun,mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:



Pertama:

Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه
بالصلاة أو حركه برجله


“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”

(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)


Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.



Ketiga:


Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tang gungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)


Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar..”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)


Kelima:

Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:

الصبحة تمنع الرزق

“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:


الأرزاق تقسم وأنت نائم

“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”


Keenam:

Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها

“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”
(Hr Bukhari - sahih)


Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:


من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)


Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang . Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.



Kesepuluh:


Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap.
Lalu baginda bersabda:


إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)


Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:


قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)


Kesebelas:


Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم
الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)



Kedua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم

“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”
(Hr Muslim)
Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.





Selamat Beramal...

Thursday 9 July 2009

Wanita dan Make Up

Wanita dan make up,mengapa mereka sangat sinonim??

Adakah kerana make up ni sudah menjadi sebahagian daripada diri mereka? atau sekadar suka2 melaburkan wang kepada kecantikan?

Apa jua jawapan anda,sejak dari atuk nenek moyang kita dulu lagi,perempuan sering kali di kaitkan dgn make up. Eventho dulu belum wujud lagi Avon,Mustika Ratu,Pantene,Dove or etc2. Tapi,makhluk Allah ini sentiasa menjadikan make up 'teman setia' mereka sepanjang masa.

Hari pertama aku di rumah,ibu dan baba bawa aku bersarapan di luar. Makan nasi lemak rendang ayam (still craving for it) dan teh tarik. Then,ke Plaza Kotaraya untuk repair kasut baba. Sementara meunggu baba,ibu menarik lenganku ajak berjalan ke tempat lain.

Erk,Avon???

Rupanya ibu hendak beli 'make up' die kat Avon. Mula2 aku segan nak masuk (sejak bile ntah aku jadi penyegan ni),tapi bile ibu ajak,aku masuk je la dalam kedai tu..

Memang lawa kedai Avon tu. Staff2 die bermake up cantik,barang2 pameran di susun rapi di sebalik rak kaca,gambar2 Best Dealer of The Year terpampang indah di dinding kedai dan beberapa orang pelanggan sedang menunggu giliran untuk memborong barangan2 make up masing2.

Ibu terus ke meja pembelian dgn sekeping katalog. Aku duduk di kerusi berhadapan dgn meja tu. Ada 6 meja pembelian yg semua dipenuhi dgn pelanggan serta pelayan tetamu. Seorang staff yg dalam lingkungan 30-an sedang melayan ibu. Alis mata dia berwarna kebiru-biruan,pipinya pula berwarna pink cerah. Lawa paras rupanya bila mengenakan make up. Owh,ini ke sebab perempuan suka make up ye,nampak lagi cantik dan berseri.

Di sebelah aku,ada 2 orang aunty yg baru selesai membeli barangan2 mereka. "kaler yg ni luntur tak eak kalau kena air??" tanya seorang daripada mereka. "tak tau laa jah,ko guna laa dulu baru tau luntur ke tak". Aku tersenyum sendirian.

Di meja bersebelahan dgn ibu,kelihatan seorang makcik mengangkat beg bagasi sebesar hand luggage aku ke atas meja pembelian. Satu2 barangan dalam katalog dibelinya,dan tak lama kemudian,penuh begnya berisi dgn barangan Avon. 'makcik ni nak jadi dealer of the year jugak kot' ujarku.

Wanita,sungguh obses dgn barangan kecantikan. Ada yang jadi hamba kepada make up,ada yg jadi hantu make up,dan ada juga yg sanggup memanipulasikan barangan2 kecantikan sehingga diri sendiri terperingkup dalam penjara. Hebat kan penangan make up ni?? Lihat saja lah model2 majalah,mana ada yg masuk majalah tanpa maskara,blusher,contact lens dan sebagainya (eh,contact lens di kira sebagai make up gak ke?)

Even ibu selalu ke Avon beli itu dan ini,tapi dia bukanlah seorang yg obses kepada make up sehingga sanggup melaburkan beratus2 ringgit. Ia cukup sekadar untuk menjaga penampilannya sebagai seorang wanita yg bekerjaya dan bekeluarga.

Teringat seorang kawan aku (she is a girl). Katanya,dia tak mahu pakai make up. Tapi,sampai bila die mampu bertahan? Realitinya,dia akan bekerja di dalam sektor professional satu hari nanti,dan kalau muka die pucat ke tempat kerja,apa impression orang sekeliling tentang die? Boss,staff2,kawan2 dia. 80% impression orang mengenai kita datang dari penampilan serta non-verbal comminucation yg datang dari kita. Kalau muka pucat tak berseri,apa pula kata orang tentang kita kan? Baik2 proposal projek boleh diterima oleh pemaju,dek kerana penampilan presenter itu zero,maka proposal itu telah di tolak. Boleh jadi kan?? Agak2 frust menonggeng tak CEO syarikat tu??

Bermake up tak semestinya berlebih2an,cukup laa sekadar mahu menampakkan kemanisan rupa seorang wanita tu,bukan sehingga menjadikan bahan santapan para lelaki. Semua itu terpulang kepada cara pemakaian. Aku tak pernah pakai make up,so no futher comment. Tapi,kalau aku jadi CEO,aku suka orang yg berpenampilan simple but nice. Tidak semestinya make up tebal seinci atau gincu berlainan warna. Cukuplah sekadar menampakkan keserian wajah yg dapat menunjukkan seseorang wanita itu cukup confident dgn kerjayanya. Bukankah penampilan itu penting utk mencuri hati orang lain??

Semua itu terpulang pada diri masing2. Pandai2 laa ubah fikiran dgn hati yg terang. Hidup dalam realiti,bukan fantasi.

Ok lah,got to go. Esok kena jadi driver ibu ke Mersing. Kena bangun seawal 6 pagi. Uwaa,nak tido lame2!!