Thursday 9 April 2009

Seuntai kisah utk dikongsi


عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ:
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري))

Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.



Apa yg kamu dpt dari hadis di atas?? Rasulullah menegaskan tentang api kemarahan. Aku tidak laa sempurna utk menerangkan dgn lebih lanjut tentang hadis ini. Yg penting,jangan marah. Itu yg aku cuba terapkan dlm nilai peribadi aku.

"Pa'an tolong kawal sikit ea marah ko,walau cmne org tu buat kat kita, kita try utk kawal marah kita".

Itu la antara nasihat dari seorang kawan. Kawan yg concern tentang aku. Memang,aku tidak nafikan,aku ni seorang yg cepat baran. Lebih2 lagi jika berkenaan dgn bnda2 yg aku anggap sensitif. Kalau tak keempat2 limbs aku ni bergerak,mulut aku akan mengeluarkan kata2 yg sungguh tidak sopan. Tambahan pula dgn sifat lelaki yg bahagian otaknya berkenaan dgn emosi dipisahkan hampir 90% daripada bahagian logical thinkingnya di right frontal lobe nya. Jika digabungkan kedua2nya,aku jadi seperti orang hilang kewarasan. Itu aku.

Hari ni,aku diuji lagi.

Pagi2 lagi aku dh keluar rumah,naik bas ke M'sian Hall Abbasiyah utk main basketball. Niat nak pergi bersama kawan serumah. tp,dia cancel last minute. Aku terpaksa pergi sendiri ke sana setelah sejam setengah menunggu dia dengan harapan yg tinggi. Aku di uji sekali di situ. Bila tiba di M'sian Hall pula,kawan sorang lagi kata,game pukul 8 MALAM,bukan 8 pagi. Terpaksa la bergegas balik ke rumah sbb game MALAM bukan pagi. Mungkin salah telinga ni yg mendengar,atau dia tidak tekankan pagi atau malam. sekali lagi aku diuji.

Mungkin bnda kecil yg cuba aku terangkan. Tiada niat nak ungkit atau salahkan sesiapa.

Allah itu Maha Adil. DIA tau aku senang marah,dan susah untuk meredakan api kemarahan. DIA uji aku dgn benda2 yang simple,dgn benda2 yg jika org lain lihat,mereka akan ckp "benda ni pun nak marah". Well,takdir dan segala aturan hidup ditentukan Allah bukan?

Ada 1001 hikmah 2 kejadian itu berlaku secara berturutan. Mungkin Allah nk uji aku berkaitan dgn hubungan aku sesama manusia, atau Allah nk lihat tahap kesyukuran hambanya ini. Itu urusan Allah,tiada kaitan dgn aku.

Aku sedang belajar,dan terus belajar..

Aku manusia yg lemah,sila tunjuk ajar..

*******

Bas ke Abbasiyah sesak. Ramai penumpang mahu ke Saiyida Aisyah. Namun dlm kesesakan bas tu,aku terlihat seorang ibu menggendong bayinya yg sedang tidur di bahunya,sambil menjual gula2 di dalam bas. Sebelah tangan menggendong bayi,sebelah lagi mengagih2kan gula2 kepada setiap penumpang yg duduk,dari belakang hingga laa ke depan bas. Kemudian,dia berpatah balik ke belakang sambil mengutip semula gula2 yg tiada org beli atau mengutip nus genih (50 sen) jika ada orang yg membelinya.

Bukan sekali itu sahaja. Bila menaiki bas balik ke rumah dari Abbasiyah. Ibu tu ada lagi. Bukan dalam bas yg sama. Dia hop-on-hop bas. Mencari rezeki tanpa mengenal erti penat lelah. Dari satu bas ke satu bas yg lain die masuk menjual gula2nya.

Sayu bila melihat kesusahan ibu tu. Mana suaminya??mungkin sudah meninggal dunia. Usaha yg dia tunjukkan untuk menyara hidup dia dan bayinya membuat aku berfikir sejenak. Aku ni sudah cukup bersyukur ke dgn nikmat Allah selama ni?? Jimat ke aku bila berbelanja?? Apa akan jd pd aku jika aku dalam keadaan dia?? Banyak benda yg bermain di fikiran aku. Sedih,sayu,sebak,kesian. Aku hanya mampu berdoa semoga hidup ibu dan bayi itu di berkati Allah,insyallah.

Kemudian,bila bas tiba di Malik al-Solih,bas berhenti lama di depan kedai kereta BMW. Aku ingat bas rosak,rupa2nya pemandu bas menunggu seorang budak mengangkat bungkusan2 roti eish (roti gandum) nya ke dalam bas. Bukan sebungkus,aku ulang balik BUNGKUSAN2. Satu bungkusan tu sebesar plastik sampah hitam,dan penuh dgn roti eish. Dengan mengguna daya keringat yg ada,budak tu mengangkat semua bungkusan2 tu ke dlm bas. Kemudian barulah bas tu meneruskan perjalanan.

Sekali lagi,aku terkesan dgn peristiwa tu. Perit mata memandang,perit lagi bahu yg memikul. Aku selalu mengeluh sbb banyak benda kena belajar,nak pergi ke universiti payah,kena bangun awal2 pagi. Nak itu dapat,nak ini dapat. Budak tu,apa yg die dpt? Nothing,selain upah die bekerja. Aku percaya upah despatch eish tu bukan laa berpuluh2 sehari,tapi mungkin 2@3 LE je. Jika nak dibandingkan dgn aku,setiap bulan MARA masukkan duit ke dalam account aku. Hampir 2000LE pulak tu,jika di bahagikan kpd setiap hari selama sebulan,sungguh banyak jika nak dibandingkan dgn upah budak tu. Dia hanya kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Itu pun aku masih nak mengeluh?? Banyak yg perlu aku ubah dlm hidup ni. Life ain't easy right??

Banyak yg aku belajar dari kehidupan org lain. Bagaimana mereka berhadapan dgn masalah mereka,kesusahan mereka,kepayahan menjadi manusia yg kenal erti penat lelah dari kecil. Aku?? dibesarkan dlm family yg mewah. Ibu baba bekerja,ada orang tolong masakkan every meals kat umah,di sekolahkan,di asuh dgn didikan yg sempurna. Mereka??dh laa tidak bersekolah,tiada ilmu di dada seperti aku,namun usaha mereka sangat tinggi jika nak dibanding kan dgn diri aku yg lemah ni.

Aku cuba menjadi seperti mereka. Usaha tidak mengenal usia. Jika di Malaysia,budak sebaya itu sedang bersekolah. Di sini,mereka susah,tidak bersekolah. Apa yg mereka boleh buat ialah,bekerja. Itu pun jika ada kerja bagi mereka.


Aku sedang belajar,dan terus belajar..

Aku manusia yg lemah,sila tunjuk ajar..

*******

'Ya,Allah kau tolonglah hambamu ini untuk meneruskan hidupnya sebagai seorang hamba yg kenal erti bersyukur nikmatmu. Dan jadikanlah dia seorang mukmin yg bertaqwa'

5 comments:

princess said...

sedih nye bace..huhu.

btw slmat x marah2 ye.. :D

apis said...

paan..ko idola aku..nak jd cam ko..hehhehe

[MH] said...

bumi yang kita sedang berpijak ini punya pelajaran yang tidak terhitung luasnya.
Baik dari segi ilmu akademik mahupun ilmu tentang kehidupan.
semuanya terletak dalam tangan masing-masing sama ada diri mahu menggunakan semua deria yang ada untuk menyelami dan menghayati atau tidak

atas diri sendiri sama ada mahu merendahkan diri dan belajar sesuatu dari setiap makhluk pada setiap hari atau tidak

Manusia itu mulia kerana Allah memuliakan kita walaupun kita hanyalah berasal dari tanah liat.

Alam ini Allah ciptakan untuk kita bukanlah untuk saja-saja atau sebagai perhiasan dunia. Akan tetapi mereka semua dicptakan untuk berkhidmat kepada manusia.

Buka mata,lapangkan dada. Berjalanlah di muka bumi ini.Mudah-mudahan kita ambil pelajaran dari itu semua

Tahan Marah ya Paan :)

p.s: sorry,komen terpanjang :)

musegalo said...

paan, ko jangan malukan dak mesya bila lawan nanti..

dan jangan marah2 sangat, rilek je..nasihat ntuk diri aku sndiri gak

dan aku sokong apis.

Noor Asyila said...

::bermula secangkir egois itu, rentetan selfish yg merajai hati::

saje je nak kongsi ayat ni.
jangan marah,rendahkan ego,kurangkan selfish.

setiap yg berlaku itu,jadikan ianya sebagai 'guru' utk kita mematangkan diri.sebagai pedoman untuk kita di hari muka kelak.

gudluck final!