Assalamualaikum wbt....
Pada entry kali ni aku nak share dengan korang sume tentang artikel yang pada aku,memang menarik,bersesuaian dan berguna untuk masa depan semua...especially kepada semua medical student....so,to all doctors,take note ok!!!
Artikel ni aku terbaca mase kat kedai gunting rambut,time tunggu Odie habis bergunting...ia berkisarkan tentang bahagian2 dalam bidang perubatan,statistik serta cara2 untuk meminimumkan kesilapan pakar2 perubatan ketika menjalankan rawatan terhadap pesakit...aku baca,n then aku bagi kesimpulan kat korang sume k..korang x kesa kan..hihihihihii.....harap artikel ini bermanfaat kepada korang sume....
Amalan bidang perubatan ade 3 bahagian asas..benda ni la yang doktor kat luar tu akan buat kepada pesakit jika pesakit datang untuk meminta perkhidmatannya..
- PATOGENESIS - di sini laa penyakit dikesan puncanya dan sebab kenapa ia berlaku.Tanda2 atau simptom2nya akan disiasat terlebih dahulu.Dalam pengamalan perubatan,patogenesis amat penting ketika pesakit pertama kali berjumpa dengan doktor
- DIAGNOSIS - bahagian ni melibatkan unsur2 luar biasa yang terjadi kat physiology badan manusia dan sebab musabab die.Usually,kat sini la akan timbul persoalan sama ada penyakit itu biasa atau luar biasa kepada pesakit tersebut.actually,persoalan tersebut boleh didapati daripada history background pesakit tu.So,patient's history amatla penting dalam proses diagnosis.
- RAWATAN - selepas patogenesis dan diagnosis dijalankan,langkah yang terakhir ialah perawatan.Of course laa pentingkan.kalau xde rawatan,camne nak sihat,tol x??hehe.Rawatan ade banyak jenis,akupuntur,urutan refleksologi,terapi aroma dan macam2 lagi.
Namun ape yang sedang berlaku sekarang ni ialah,ramai pesakit berasa tidak puas hati dengan perkhidmatan pakar perubatan atau personal doctor mereka.kenapa yea??haa,nanti aku terangkan.
Manusia tidak sempurna.itulah agaknye frasa yang aku rasakan sesuai dengan ke'tidak-puas-hati'an orang ramai terhadap doktor2 mereka.maklumla,bila dah bekerja sebagai doktor,semua orang akan letak 'high expectation' terhadap kita semua.so,bila sesuatu berlaku tanpa mengikut ketetapan,mula laa menjadi isu yang boleh membawa kepada 'kehilangan' kepercayaan orang ramai terhadap professional itu.
Semua ketentuan di tangan Allah,kita sebagai hamba hanya mengaturkannya.Statistik menunjukkan,sejak 15 higga 20 tahun lepas,80% kadar kesilapan yang semakin meningkat kian hari disebabkan oleh isu2 yang bukan teknikal,seperti penyampaian maklumat yang salah,tiada kesefahaman antara pesakit dan pengamal perubatan,tidak sehaluan dalam mencapai misi dan visi rawatan,persekitaran tempat bekerja yang tidak begitu baik dan yang terakhir sekali,kesan sampingan dari tekanan atau stres.
See,not all the bad things comes from the doctor right??
Apabila berlaku keadaan sedemikian,institusi perubatan yang terlibat sering kali menuding jari kepada seseorang individu sahaja sambil memberikan jaminan 'ia tidak akan berulang lagi'.adakah ini adil kepada individu tersebut.anda fikirkanlah sendiri??Tuntutan saman mahkamah sampai berbillion2 USD,terutama di negara2 barat,tuntutan seperti ini merupakan perniagaan besar dan jumlah tuntutan di atas kesilapan perubatan kian lama makin meningkat.Amat mendukacitakan lagi,mereka menjadikan ini sebagai satu 'hukuman' kepada individu tersebut.lagi2,mereka tidak sedar akan adanye kaedah penyelesaian yang lebih praktikal dan relevan.Sebaliknya,kaedah tersebut telah menyimpang kesedaran masyarakat setempat akan wujudnya pemulihan yang sistematik dan mampu mengurangkan kesilapan tersebut,dan ia juga membuka ruang kepada individu tersebut 'belajar dari kesilapan' dan bukannya dihukum!!! kebayakkan kesilapan yang berlaku semasa rutin pengendalian seharian dan juga instrumen2 yang digunakan.Malangnye,situasi sebegini memberikan impak negatif terhadap kerjaya pengamal perubatan tersebut.kesian kan..huhuhhuh..tumpang sedih...
Dalam sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Institusi Perubatan di Amerika,dianggarkan sebanyak 44000 hingga 98000 pesakit meninggal disebabkan oleh kesilapan perubatan..pergh,banyak tuu..Oleh itu,untuk terus bertahan di dalam era perubatan yang semakin kompleks ini,terdapat keperluan untuk memperkenalkan proses pengurusan yang lebih sistematik dan efisien dalam pengamalan perubatan.Oleh itu,Agensi Penyelidikan Penjagaan Kesihatan dan Kualiti Smerika telah mengeluarkan 20 kaedah untuk megelak berlakunya kesilapan perubatan
- Menjadi masyarakat yang pro-aktif semasa proses perubatan.
- Pastikan bahawa pakar perubatan @ personal doctor anda tahu semua ubatan yang anda ambil,termasuk Over-The-Counter(OTC) drug yang dibeli di farmasi
- Pastikan bahawa mereka tahu segala alahan,reaksi atau kesukaran anda apabila menerima sesuatu rawatan atau ubat.
- Apabila doktor memberikan preskripsi,pastikan anda boleh membacanye dengan jelas.
- Minta penjelasan tentang rawatan atau ubat yang diberikan kepada anda dalam bahasa atau perbuatan yang senang untuk difahami.
- Jika beli ubat di farmasi,pastikan ianya bertepatan dengan penyakit anda
- Sekiranya ade kekhuatiran tentang label2 yang terdapat pada ubat tersebut,jangan segan untuk bertanya.
- Minta kepada pharmacist alat sukatan ubat yang sesuai serta kaedah penggunaannya.
- Pastikan anda meminta maklumat bertulis mengenai kesan sampingan berkenaan dengan ubat yang anda beli.
- Sekiranya mempunyai pilihan,pilih laa pusat perubatan yang mempunyai kepakaran dalam merawat penyakit yang anda sedang hadapi.
- Sekiranya berada di pusat perubatan,anda berhak untuk memastikan semua kakitangan perubatan yang merawat anda untuk mendisinfeksikan tangan mereka.
- Apabila meninggalkan hospital,tanya kepada doktor mengenai rawatan yang anda boleh jalankan sendiri di rumah.
- Sekiranya anda menjalani pembedahan,dapatkan maklumat sejelas2nya dan pastikan doktor dan doktor pakar bedah setuju dan jelas dengan apa yang sepatutnya dibuat.
- Sekiranya anda masih ragu2,dapatkan penjelasan dengan serta merta.
- Pastikan anda mempunyai seorang doktor peribadi untuk menguruskan masalh kesihatan diri anda.
- Pastikan semua pegawai perubatan anda tahu segala maklumat2 mengenai kesihatan anda.Jangan mengandaikan mereka tahu segala2 tentang kesihatan anda.Ini boleh memudaratkan.
- Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga jika malu ingin bertanyakan kepada doktor anda.
- Remember..lagi banyak ujian dijalankan keatas anda,x semestinya ianya lebih memberikan keputusan yang lebih baik.
- Sekiranya anda telah menjalani sesuatu ujian,pastikan anda dapat keputusan ujian itu.
- Fahami tentang penyakit anda melalui doktor atau jururawat.
No comments:
Post a Comment